Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Masyarakat Malaysia sememangnya gemar dengan makanan pedas sehingga sesetengah daripada mereka berasa kurang berselera kalau tiada menu yang ‘berapi’ untuk dimakan bersama.
Siap ada yang kata kalau makin pedas, makin laju seseorang itu akan menikmati juadah tersebut.
Jadi tak peliklah kalau banyak masakan Melayu yang pedas seperti masak lemak cili padi, asam pedas ikan patin dan sebagainya.
Restoran Di Tokyo, Jepun Letak Pilihan Kepedasan Ikut Negara
Menerusi satu hantaran dimuat naik oleh pengguna di platform Reddit, sebuah restoran halal di Jepun iatu Gyumon Shibuya dilihat memberikan pelbagai tahap kepedasan bagi hidangan ramen kepada para pelanggan mereka.
Apa yang menjadikannya lebih unik adalah apabila tahap kepedasan itu dikategorikan mengikut beberapa buah negara termasuklah Malaysia.
Jika dilihat dalam gambar tersebut, Tahap 1 dikategorikan sebagai yang paling tidak pedas manakala Tahap 10 adalah yang paling ‘berapi’.
Berdasarkan menu tersebut, tahap kepedasan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Tahap 1 dan 2 (Jepun)
- Tahap 3, 4, dan 5 (Malaysia dan Singapura)
- Tahap 6, 7, 8 (Korea Selatan)
- Tahap 9 dan 10 (Indonesia)
Makin tinggi tahap kepedasan, makin mahal juga harganya di mana setiap tahap mempunyai perbezaan harga sebanyak RM3 (JPY100).
Pelbagai Reaksi Dari Masyarakat Tentang Tahap Kepedasan Tersebut
Perkongsian di Reddit itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai dengan rata-ratanya tidak terkejut selepas melihat Indonesia berada pada tahap kepedasan yang paling tinggi.
Kedudukan itu juga membuatkan sesetengah individu berasa tertanya-tanya dan mahu mencuba sendiri hidangan dari Indonesia yang dikatakan paling pedas.
Selain itu, segelintir masyarakat yang pernah tinggal di Malaysia dan Korea Selatan pula membandingkan tahap kepedasan di dua buah negara tersebut.
“Saya pernah tinggal di Korea Selatan dan Malaysia, saya rasa orang Korea tak makan banyak benda pedas seperti masyarakat di Malaysia,” ujar seorang pengguna.
Pada masa yang sama, beberapa individu mempersoalkan di mana kedudukan negara lain seperti Thailand, Vietnam dan Filipina dalam kedudukan tahap kepedas itu.
“Filipina patutnya pada Tahap 2. Lagi tinggi kepedasannya berbanding Jepun tak lebih rendah sedikit daripada Malaysia,” kata seorang individu.
Tips Untuk Hilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat
Setiap orang mempunyai tahap toleransi yang berbeza terhadap makanan pedas.
Mungkin ada yang tidak perlu meminum air sehingga habis hidangan, tetapi ada juga yang makan sambil diselang-selikan dengan meminum air untuk melegakan kepedasan.
Untuk info, meminum air kosong sebenarnya tidak dapat melegakan kepedasan sepenuhnya, malah ia akan menyebarkan lagi rasa ‘berapi’ dalam mulut.
Seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Syif Ayob menjelaskan bahawa cili mempunyai satu elemen dipanggil dipanggil sebagai Capsaicin yang bersifat hidrofobik dan ianya tidak menyerap air.
Jadi bagi mengurangkan kepedasan, anda perlu minuman yang mengandungi sejenis protein dipanggil sebagai Casein yang akan menarik molekul Capsaicin untuk melegakan kepedasan.
Nak legakan kepedasan, wajib cari susu yang mengandungi Casein seperti susu lembu, yogurt, keju dan sebagainya. Elakkan juga susu badam atau susu soya kerana ianya tidak mengandungi Casein.
Kalau anda sejenis yang tidak minum susu kerana lactose intolarance, alternatif lain adalah dengan mengambil minuman berasid seperti jus epal, jus tomato, jus oren, jus lemon dan sebagainya.
Capsaincin yang bersifat alkali apabila bercampur dengan bahan berasid akan menukarkannya menjadi neutral dan seterusnya boleh melegakan kepedasan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Perjelas Kenapa Minum Air Kosong Tak Boleh Legakan Pedas Dalam Mulut
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Kerana Kerap Makan Makanan Pedas
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Gesa Hentikan Trend Makan Menu Pedas Melampau. Bahaya Untuk Kesihatan!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.