Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Comel Tapi Bukan Pilihan Baik”– PHM Perjelas Kesan Buruk Kasut Bunyi ‘Squeaky’ Kepada Si Kecil

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang baru bergelar ibu bapa, sudah tentu anda tidak sabar untuk mendandan anak dengan pelbagai pakaian yang comel serta menarik.

Kadangkala, sesetengah golongan kanak-kanak mempunyai ragamnya tersendiri di mana mereka tidak mahu menyarungkan pakaian. Set pakaian yang comel mampu membuatkan si kecil tertarik dan berminat untuk mencubanya.

Pun begitu, bukanlah semua jenis pakaian sesuai untuk digunakan sepanjang masa. Hal ini kerana, ia mungkin membawa kesan buruk terhadap keselamatan anak-anak.


5 Keburukan Anak Kecil Pakai Kasut Berbunyi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @health_malaysia) apabila Public Health Malaysia (PHM) memberikan pandangannya tentang pilihan pemakaian anak kecil oleh segelintir ibu bapa di luar sana.

Kalau anda perasan, segelintir anak kecil disarungkan dengan kasut yang mempunyai bunyi di tapaknya. Difahamkan kasut akan berbunyi setiap kali anak anda melangkah.

Pun begitu, bunyi ‘squeaky’ dari tapak kasut itu mempunyai keburukannya yang tersendiri. Tambah PHM, jenis kasut tersebut kurang sesuai untuk dipakai secara harian.

Sumber: Freepik

Antara kesan buruk yang diperjelaskan adalah seperti berikut:

#1. Ganggu Proses Pembelajaran

Pertama sekali, bunyi squeaky akan melambatkan proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka akan lebih tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan setiap kali melangkah ke depan.

Oleh disebabkan itu, fokus mereka akan lari dan hanya menitikberatkan bunyi tersebut daripada belajar untuk berjalan.

#2. Anak Kurang Fokus

Seterusnya, ia juga berisiko mengganggu perhatian anak di mana sekaligus menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran.

Pelbagai perkara yang boleh berlaku sekiranya perkara ini terjadi, sebagai contoh terlanggar sesuatu atau berjalan menghampiri kawasan berbahaya.

#3. Jejaskan Postur

Selain itu, penggunaan kasut berbunyi yang kerap juga boleh memudaratkan postur badan anak. Daripada pemerhatian kami, ada di kalangan anak kecil yang akan berjalan secara kangkang bagi melihat kasut tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan sering menundukkan kepala untuk mengenal pasti bunyi itu datang daripada mana.

#4. Ganggu Orang Sekelling

Seperti yang anda tahu, kasut berbunyi ini akan menghasilkan bunyi bingit yang kuat. Sekiranya ia dipakai di tempat awam, bunyi tersebut akan mengganggu ketenteraman orang sekeliling.

Sebagai contoh, sekiranya anak kecil yang memakai kasut squeaky di hospital atau klinik, ia akan mengganggu pesakit. Buat individu yang sedang berasa pening sudah tentu kasut berkenaan membuatkan mereka lebih sakit.

#5. Keselamatan Anak Tak Terjamin

Yang terakhir, kasut berbunyi ini tidak menjamin keselamatan anak-anak. Hal ini kerana faktor yang sama diperjelaskan sebentar tadi di mana si kecil akan kurang fokus terhadap kawasan sekelilingnya.


Sesuai Dipakai Di Rumah Dengan Pengawasan Ibu Bapa

Bagaimanapun, kasut itu bukanlah membawa kepada keburukan semata-mata. Dari aspek kebaikan, kasut berbunyi boleh memberikan motivasi dan semangat kepada anak untuk terus berjalan.

Ia membantu ibu bapa untuk alert kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak. Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.

PHM.

Keburukan Penggunaan Kasut Berbunyi Oleh Golongan Anak Cetus Perdebatan

Menjengah ke ruangan balas, segelintir individu bersetuju bahawa kasut berbunyi ini akan menggangu orang lain.

“Aku ada empat anak. Semua aku tak pernah sarungkan benda ni sebab pencemaran bunyi. Tapi aku pakaian tali jadi pilihan kaedah parenting ini tak akan beri kesan pada orang lain,” ujar seorang pengguna X.

Pun begitu, ada juga yang memberikan pandangan sebaliknya. Seorang individu berpendapat perhatian anak terhadap terhadap kasut berbunyi hanyalah sebentar sahaja.

“Kejap je mereka fokus dekat bunyi. Lepas tu mereka jalan macam biasa. Macam muffler kereta, baru tukar teruja dengar. Lama-lama biasa je,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga seorang ibu berkata dia menyarungkan kasut berbunyi itu kepada anaknya atas faktor keselamatan.

“Aku bagi pakai kasut ni sebab senang kesan dia jauh atau hilang. Takut terlepas pandang senang nak cari dengar bunyi je. Tu kan keselamatan. Lagi satu pusat beli-belah memang bising. Kau nak sunyi kau pergilah perpustakaan,” kata seorang wanita.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Berat Badan Anak Tak Naik-Naik? Ini Tips Berguna Untuk Ibu Ayah Praktik

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles