Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang tidak dinafikan Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan awam buat orang ramai lebih-lebih lagi yang berada di kawasan bandar sebagai contoh LRT (Light Rail Transit), MRT (Mass Rapid Transit), KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad), bas dan banyak lagi.
Kemudahan ini juga telah dipuji oleh orang luar negara. Seperti sebelum ini, kecanggihan di stesen MRT Laluan Putrajaya mendapat perhatian seorang pelancong dari United Kingdom (UK).
Menurutnya, teknologi-teknologi yang digunakan pada MRT seolah-olah Malaysia hidup pada tahun 3000.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Hidup Dalam Tahun 3,000” – Pelancong UK Puji Kemajuan Stesen MRT Laluan Putrajaya
Pelancong Asing Persoal Kenapa London Tak Ada Monorel Seperti Di KL
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@justrolliwithme), menyasikan seorang pelancong asing dari UK sedang berjalan-jalan sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.
Dalam video tersebut, lelaki itu menunjukkan suasana yang sibuk dengan kenderaan di bandar selain sebuah monorel yang melintasi atasnya.
Pengangkutan awam tersebut membuatkan dirinya tertanya-tanya tentang sesuatu perkara di mana negara maju iaitu benua Eropah tidak menyediakan monorel untuk penduduk setempat.
“Saya tidak faham mengapa negara dan bandar seperti London, antara bandar terkaya di Eropah dan dunia tidak boleh melabur dalam monorel,” kata pelancong berkenaan.
Menerusi klip yang sama, dia juga menyeru Datuk Bandar London, Sadiq Khan untuk melabur wang pada perkara yang lebih diperlukan seperti kemudahan monorel.
@justrolliwithme ♬ Summer – Instrumental – Devinney
Baca Artikel Berkaitan: 9 Tempat Best Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Pergi Dengan Pengangkutan Awam
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Kemudahan Monorel Di KL
Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat memberikan pandangan masing-masing tentang kebaikan kemudahan awam di negara ini.
“Laluan MRT semakin bertambah. Banyak beri manfaat untuk pengguna bergerak ke tempat lain,” ujar seorang wanita.
Malah seorang rakyat tempatan yang pernah menetap di London sebelum ini bersetuju dengan perkara yang sama.
“Secara jujurnya, saya sekarang sedar tanah airku (Malaysia) adalah jauh lebih baik selepas pulang dari London!” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu berpendapat bahawa bandar London yang sudah lama mempunyai pelbagai bangunan bersejarah menyebabkan pembangunan monorel agak sukar dilaksanakan.
Tren Bawah Tanah Di London Tidak Cukup Untuk Tampung Orang Ramai
Menurut pelancong tersebut di ruangan komen, London memang mempunyai pengangkutan awam iaitu tren bawah tanah. Namun itu sahaja dikatakan tidak mencukup untuk menampung orang ramai.
“Datuk Bandar di London mengenakan bayaran untuk individu yang memandu kereta masuk ke London. Jadi jelas ada peluang untuk menambah pengangkutan awam,” ujarnya.
Untuk info, tren bawah tanah The London Underground atau lebih dikenali sebagai Tube selalunya beroperasi antara jam 5 pagi hingga tengah malam dari hari Isnin hingga Sabtu.
Memetik Visit London, operasi Tube dikurangkan pada hari Ahad membuatkan pengunjung terpaksa mencari alternatif pengangkutan awam yang lain.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram