Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes jenayah yang semakin berleluasa pada saban hari telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan masyarakat kerana risau sekiranya ia boleh menggugat keselamatan seseorang.
Pelbagai taktik telah digunakan oleh penjenayah untuk melakukan perbuatan khianat mereka tanpa mengira waktu siang atau malam.
Walaupun anda lihat tiada sesiapa di kawasan sekitar, tetapi jangan sangka bahawa tiada ‘perangkap’ yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab.
Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Berlubang Kaki” – Individu Buat Laporan Polis Lepas Jumpa Banyak Paku Terpacak Tepi Jalan Raya
Individu Terkoyak Dagu Selepas Terkena Benang Di Lebuhraya SUKE
Dalam satu kes terbaharu, seorang pengguna di laman X (@MuasRosdi) menceritakan kejadian malang yang berlaku kepada dirinya ketika sedang menunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
Lelaki tersebut memuat naik gambar keadaan dagunya yang terkoyak selepas dipercayai terkena benang yang melintang di lebuh raya berkenaan.
Jelasnya kejadian itu berlaku ketika sedang melalui jalan selepas susur keluar Taman Kosas, Ampang menghala ke tol Bukit Teratai.
Insiden yang berlaku pada Isnin lalu (13 Mei) pada jam 6:30 petang itu turut mengakibatkan jarinya mengalami luka akibat menarik benang yang diletakkan di jalan terbabit.
Ramai juga pihak yang bertanya bagaimana boleh wujud benang di kawasan itu tetapi dia juga tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
“Untuk yang bertanya, macam mana benang tu boleh ada tengah-tengah lebuh raya. Aku tak tahu. Tiba-tiba kena dagu,” jelas lelaki itu.
Hari ni, Isnin 13 Mei 2024 jam 6.30 petang.
— as (@MuasRosdi) May 13, 2024
Dagu aku terkoyak terkena benang yang melintang jalan di Lebuhraya SUKE (selepas exit Taman Kosas, Ampang) menghala ke tol Bukit Teratai. pic.twitter.com/ZNvAH1QdwV
Altimet Minta Pihak SUKE Ambil Maklum Tentang Kes Ini
Pemilik akaun tersebut memaklumkan dia akan berjumpa dengan Ketua Balai Polis Ampang Jaya untuk membuat laporan.
Pada masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet menerusi laman X (@altimet) dilihat meluahkan rasa kesal selepas mendapat tahu insiden seperti ini berlaku sekali lagi.
Susulan itu, beliau meminta pihak SUKE untuk mengambil maklum tentang kejadian tersebut dan telah melaporkannya kepada IPD Ampang Jaya.
Jadi lagi. @mySUKEofficial ambil maklum. Saya dah info IPD Ampang Jaya. Esok pagi ada sesi town hall di IPK Selangor saya bawak isu ni. https://t.co/mtqhCXLDz3
— Altimet.eth (@altimet) May 14, 2024
Hasil carian kami mendapati bahawa pihak SUKE telah menghubungi mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian.
Hi @MuasRosdi , sila DM nombor telefon encik untuk kami dapatkan maklumat lanjut tentang perkara diatas.
— PROLINTAS SUKE (@mySUKEofficial) May 14, 2024
Kes Seperti Ini Bukan Kali Pertama Berlaku
Beberapa netizen mendedahkan mereka juga pernah berdepan situasi sama ketika sedang menunggang motosikal di lebuhraya.
Aku kena kat mrr2 sebelum masuk duke and menghala ke kl east, koyak mat leher ahahahhahaha pic.twitter.com/TLfW9mwviM
— kido (@akidfd) May 14, 2024
Malah, ada juga yang mendakwa kejadian yang berlaku pada Isnin lalu itu berada di kawasan yang sama seperti mana yang terjadi pada tahun lalu.
Tempat sama ya https://t.co/XkzgQHEYEy
— Zull (@mdzulhilmi__) May 14, 2024
Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai terutamanya mereka yang menggunakan motosikal untuk kegunaan harian semakin bimbang.
Netizen juga mengingatkan orang ramai untuk tidak memandang rendah kepada tali benang kerana ia berupaya untuk membunuh jika terkena pada kelajuan yang tinggi.
Semoga pihak berkuasa dapat melakukan rondaan dan pemantauan dengan lebih kerap di kawasan lebuhraya bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku kepada orang ramai.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.