Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang pernah bergelar murid, pasti anda pernah diminta untuk membantu guru-guru anda ketika berada di sekolah. Sebagai contoh, mengangkat buku tulis ke bilik guru, membawa beg cikgu dan sebagainya.
Sikap baik hati dalam menghulurkan bantuan kepada individu memerlukan amatlah dituntut lebih-lebih lagi apabila mereka merupakan pengajar anda.
Bak kata orang ramai, para guru diibaratkan sebagai ibu bapa kedua setiap murid sekolah.
Sekumpulan Murid Bantu Guru Tukar Tayar Kereta Pancit
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ctmyzatulakma) apabila seorang guru dikenali sebagai Teacher Mai berkongsi detik-detik kawan sekerja iaitu Cikgu Syafiq bersama sekumpulan murid lelaki membantunya menukar tayar kereta.
Difahamkan salah satu tayar kereta milik Teacher Mai telah pancit akibat tertusuk sebatang paku di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Muda, Kuala Lumpur.
Walaupun berpanasan, para pelajar tingkatan dua berkenaan dilihat bersemangat membantu cikgu mereka daripada awal proses menukar tayar sehinggalah ke akhirnya tanpa mengeluh kepenatan.
Kalau anda lihat sendiri klip tersebut, murid-murid dilihat seperti sudah terbiasa dan ‘pro’ dalam menukar tayar kereta. Mungkin disebabkan sudah terbiasa menolong ibu bapa di rumah menukar tayar?
Oleh disebabkan usaha gigih dan kesungguhan murid-murid berkenaan dalam menghulurkan bantuan, Teacher Mai telah mempelawa untuk belanja mereka minum ketika waktu rehat.
@ctmyzatulakma Shout out to cikgu syafiq and his loyal assistants for helping change my flat tyre! May Allah ease everything for you guys. Yes, this is why I love being a teacher.
♬ James Bond (Main Theme) – The New Movie Orchestra
Netizen Puji Sikap Baik Hati Para Murid
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji murid-murid tersebut selain berkata mereka berpotensi menjadi mekanik berjaya pada masa akan datang.
“Bakal pomen hebat ni. Tak pun toke kedai tayar yang berjaya. Untung cikgu dapat anak murid yang bagus dan rajin,” kata seorang lelaki.
Malah ada yang berkata kebanyakan murid selalunya rajin menolong guru mereka.
“Biasa budak-budak kelas belakang rajin bab ni. Mereka tak risau kotor, tak takut bau busuk disebabkan peluh. Sangat suka membantu. Selalu perhati dari zaman sekolah lagi,” jelas seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga seorang guru turut berkongsi pengalaman di mana anak muridnya membantu ketika di sekolah.
“Seperti semalam, saya minta tolong anak murid saya alihkan motor yang menghalang kereta saya. Rasa macam diberikan princess treatment,” ujar guru itu.
Seronok lihat anak murid bantu cikgu mereka. Besar ganjarannya kalau berbakti dengan guru ini. Oleh itu, selagi mana anda berada di sekolah, jangan berkira ya kalau guru minta pertolongan.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kerumun Cikgu Mahu Dapat Markah Extra, Buat Ramai Imbau Zaman Sekolah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Anak Murid Pakai Kasut Dengan Tapak Hampir Tercabut, Cikgu Beri Kejutan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Tak Sangka, Cikgu Hadiahkan Pakej Umrah Sempena Hari Persaraan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram