Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Macam Vila Percutian!”– Pusat Jagaan Warga Emas Moden Di Seremban Curi Perhatian

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas sudah bersara sudah pasti anda mahu berehat sepuas-puasnya. Mana tidaknya, selepas bertahun-tahun gigih bekerja, mesti anda mahu manjakan diri pula.

Pun begitu, mungkin kediaman yang anda tinggal sekarang tidak berapa sesuai untuk kehidupan selepas pencen disebabkan bunyi bising apabila berada di bandar.

Kalau anda nak tahu, sudah banyak pusat jagaan warga tua di Malaysia yang menyediakan tempat kondusif dan selesa.


Pusat Jagaan Warga Emas Moden Ada Di Seremban

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@zestie.my) menyaksikan sebuah resort pusat jagaan warga emas dikenali sebagai Millennia Village di Seremban, Negeri Sembilan.

Sekali pandang, mesti anda tidak akan sangka ia merupakan pusat jagaan warga emas kerana hiasan dalaman yang moden seolah-olah seperti sebuah universiti atau pusat membeli-belah.

Terdiri daripada 344 unit secara keseluruhan, Millennia Village menawarkan kediaman yang terbaik buat golongan tua yang mahu berehat dengan tenang dan selesa.

Sumber: TikTok (@zestie.my)

Medan makan tempat itu pula menyediakan juadah bufet sarapan pagi dan makan malam yang sihat terdiri daripada masakan tradisi Melayu, Cina dan juga India.

Kolam mandi yang besar juga tersedia bersebelahan dengan kuari (lokasi perlombongan lubang terbuka) lama. Sambil-sambil menyelam, bolehlah nikmati keindahan alam di sana.

Buat mereka yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat, gim juga tersedia di mana penghuni boleh melakukan senaman ringan pada bila-bila masa.

Sumber: TikTok (@zestie.my)

Ada 3 Pilihan Kategori Unit Kediaman

Millennia Village menyediakan tiga pilihan kategori kediaman iaitu unit A, unit B dan unit C. Ketiga-tiga unit tersebut lengkap penuh dengan fasiliti sebagai contoh katil, meja makan, televisyen, sofa dan banyak lagi.

Yang paling penting setiap unit mempunyai balkoni untuk menikmati pemandangan luar. Anggaran bayaran yuran bulanan bagi unit pula adalah antara RM5,500 hingga RM7,500 untuk 2 pax.

Sumber: TikTok (@zestie.my)

Ruang Lepak Di Rooftop

Di tingkat atas, terdapat ruangan rehat dan melepak untuk golongan warga emas meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain. Nak membaca buku, sertai kelas yoga, karaoke beramai-ramai pun boleh.

Sumber: TikTok (@zestie.my)

Kalau nak hirup udara segar, gym outdoor bersebelahan kuari pun tersedia. Millennia Village juga terbuka kepada orang awam yang mahu menempah lokasi itu untuk sebarang acara atau majlis.

@zestie.my Transforming a mining quarry to a Senior living Resort 🏢🏞👵🧓 📍@millenniavillage at Desa Millennia Mutiara, Persiaran Millennia Mutiara, Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan #senior #retirement #resort #home #entrepreneur #seremban #malaysia #fyp #foryou ♬ original sound – Zestie Malaysia

Netizen Berhasrat Tinggal Di Sana Selepas Bersara

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pusat jagaan orang tua yang lengkap dengan segala kemudahan itu.

“Saya belum jadi golongan warga emas tetapi boleh sewa pangsapuri di sana sekarang. Tempat tu macam vila percutian,” ujar seorang warganet.

Malah golongan bukan warga emas juga dilihat tertarik dengan kediaman Millennia Village tersebut.

Sementara itu, ramai netizen dilihat sudah memasang hajat untuk tinggal di sana selepas bersara nanti.

“Akan kerja keras untuk tinggal di sana selamanya,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@zestie.my)

Untuk info lanjut tentang Millennia Village, anda boleh layari [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles