Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Usaha Cikgu Pedalaman Guna Elaun Sendiri Deko Kelas Murid Ala Kafe Raih Perhatian

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mempunyai fasiliti terbaik di sekolah merupakan hajat setiap guru agar anak murid dapat belajar dengan selesa bersama rakan-rakan mereka.

Pun begitu, menyediakan persekitaran kondusif mungkin memakan perbelanjaan tinggi dan memerlukan perancangan yang teliti.

Namun, cabaran tersebut tidak mematahkan semangat guru ini untuk mencantikkan bilik darjah murid dengan sentuhan moden.


Guru Guna Elaun Sendiri Ubah Suai Kelas Murid Ala Kafe

Tular satu hantaran di laman Facebook Cikgu Al Tarmizi apabila dia yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Kot, Daro di Sarawak berkongsi foto kelas murid yang diubah suai seolah-olah seperti sebuah kafe dipanggil sebagai ‘The Cafe Class’.

Jelasnya, pengubahsuaian yang dilakukan di kawasan pedalaman itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Guru yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sumber: Facebook Cikgu Al Tarmizi

Lebih membuatkan orang ramai terharu adalah Cikgu Al Tarmizi menggunakan elaun sendiri yang diterima bagi mencantikkan bilik darjah murid kesayangan.

Saya gunakan sedikit elaun pedalaman untuk cantikkan kelas, ada rezeki lebih kita buat lebih. Bulan 12 ni ada kenaikan gaji, terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat saya berkongsi lagi.

Cikgu Al Tarmizi.

Patung Bumblebee Di Bilik Darjah Curi Tumpuan

Kalau anda lihat sendiri foto sebelum dan selepas yang dikongsi, memang jelas kelihatan Cikgu Al Tarmizi telah berusaha dengan gigih untuk mencantikkan kelas berkenaan.

Seperti mana anda lihat kafe yang berada di bandar, The Cafe Class turut tersedia dengan bangku, meja dan deko menarik yang mencuri perhatian. Figura Bumblebee pun ada!

Buat anak murid yang berasa lapar, sebakul snek ‘Food 4U’ di dalam bilik darjah turut disediakan.

Sumber: Facebook Cikgu Al Tarmizi

Kawasan Pedalaman Tak Jadi Penghalang Untuk Sediakan Kelas Yang Selesa

Kegigihan cikgu subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab itu dalam menyediakan persekitaran yang selesa untuk anak murid belajar memang patut dikagumi.

Malah dia berpendapat kawasan pedalaman bukanlah penghalang buatnya untuk menyediakan persekitaran kondusif agar pelajar seronok belajar di sekolah.

Sumber: Facebook Cikgu Al Tarmizi

Malah, dia percaya ramai pendidik di luar sana sanggup berkorban masa dan tenaga buat anak murid. Bahkan, ada juga yang dikatakan melaburkan wang ringgit untuk keselesaan para pelajar.

Sumber: Facebook Cikgu Al Tarmizi

Cikgu Al Tarmizi Kongsi Pengalaman Jadi Pendidik

Cikgu Al Tarmizi turut meluahkan rasa gembira selain menikmati kehidupan sebagai seorang guru.

Menurut guru tersebut, cita-cita si ayah yang tidak tercapai menjadi seorang pendidik telah memberi inspirasi dan dorongan untuk merealisasikan impian orang tuanya.

Sumber: Facebook Cikgu Al Tarmizi

Ayah selalu berkongsi cerita semasa kecil, beliau sangat berminat untuk menjadi guru. Tetapi apakan daya hanya mampu bersekolah sampai darjah 4 sahaja. Timbul la minat saya untuk menjadi guru bagi merialisasi impian ayah dulu.

Cikgu Al Tarmizi.

Walaupun kini telah berjaya menjadi seorang guru di sekolah kebangsaan tersebut, namun dia meluahkan bahawa ia bukan sesuatu yang mudah untuk sampai ke tahap itu.

“Laluan saya menjadi guru pula agak berliku, memandangkan keputusan peperiksaan tidak berapa baik. Berkat doa dan usaha, saya berjaya menjadi guru. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjadi guru pertama saya,” kata guru berkenaan.


Netizen Puji Semangat Guru Ubah Suai Kelas Murid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji usaha guru tersebut untuk mencantikkan tempat anak murid belajar.

“Dahsyat, aku tengok gambar setiap satu. Hebat,” kata seorang lelaki.

Malah ada yang berkata kelas yang cantik itu akan membuatkan para pelajar tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke sekolah pada setiap hari.

“Masya-Allah. Terkedu tengok. Mesti anak-anak semangat hadir ke sekolah,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga telah menitipkan doa buat si guru atas kesungguhannya.

“Insan terpilih dianugerahkan bakat yang berharga. Semoga terus diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk terus berbakti,” jelas seorang netizen.

Sumber: Facebook Cikgu Al Tarmizi

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Teacher Transforms Dull Looking Classroom And The Result Is Amazing

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Dapat Dana & Penaja, Cikgu Ubah Bilik Darjah Suram Jadi Cantik Siap Ada TV Dan Aircond [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Guru Guna Duit Bonus RM2,000 Untuk Hias Kelas Anak Murid


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles