Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes penipuan di platform media sosial dilihat semakin berleluasa. Tambah pula dengan teknologi canggih kini yang membolehkan scammer melakukan pelbagai taktik licik bagi mengaut keuntungan.
Jika ia tidak dibendung dari sekarang, semakin ramai golongan masyarakat akan ditipu lebih-lebih lagi segelintir golongan dewasa yang kurang mahir menggunakan telefon pintar.
Seperti sebelum ini, seorang lelaki ditipu RM5,000 selepas membeli kasut Nike Air Jordan berharga RM135 di Instagram. Mangsa dikatakan hanya menyedari ditipu selepas penjual terbabit meminta caj tambahan dan mendakwa barang tersebut dirampas oleh polis dan imigresen.
Baca Artikel Berkaitan: Niat Nak Beli Kasut Nike Air Jordan RM135, Sekali Ditipu RM5,000
Ada Pihak Guna AI Suara Khairul Aming Untuk Promosi Kuali Masak
Sehingga kini, kes melibatkan penipuan secara atas talian masih lagi berlaku.
Semalam (14 Ogos) tular satu hantaran di laman X (Twitter) apabila influencer masakan Khairul Aming mendedahkan kelakuan pihak tidak bertanggungjawab yang menipu orang lain bagi mendapatkan keuntungan.
Difahamkan, ada pihak yang mengubah suaranya menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam mempromosi kuali masak jenis non-stick.
Dalam video itu, Khairul Aming ‘palsu’ berkata paip air gudang yang pecah menyebabkan kotak pembungkusan kuali tersebut sudah rosak. Oleh disebabkan itu, dia menjual kuali berkenaan dengan diskaun sebanyak 80% bagi menampung kos membaiki gudang.
Untuk membuatkan orang ramai lebih percaya, scammer itu juga memaparkan video Khairul Aming yang sedang memasak sebagai latar belakang video.
Walaupun ia adalah palsu, namun buat mereka yang menonton video sekali imbas mungkin akan tertipu kerana suara yang sangat mirip dengan Khairul Aming.
“Hari tu bermula dengan Photoshop. Sekarang sampai suara aku pun jadi AI sekarang. Bayangkan berapa banyak benda boleh jadi fitnah nanti,” ujar Khairul Aming.
Hari tu bermula dengan photoshop. Now sampai suara aku pun jadi AI sekarang. Imagine berapa banyak benda boleh jadi fitnah nanti pic.twitter.com/yA1MEjiFyh
— Khairulaming (@khairulaming) August 14, 2024
Tak Jual Produk Lain Selain Sambal Nyet & Dendeng Nyet
Khairul Aming menerusi hantaran di laman TikTok turut menegaskan bahawa dia tidak menjual produk lain kecuali Sambal Nyet dan Dendeng Nyet.
Dia juga menasihati orang ramai untuk berhati-hati dengan penggunaan AI dan selidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian.
@khairulaming Fitnah dah makin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai. KA tak jual barang2 selain dari Sambal Nyet dan Dendeng Nyet sahaja
♬ original sound – Khairulaming
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Post Mortem Sesi Jualan Pertama Dendeng Nyet Berapi
Ramai Risau Dengan Penggunaan AI Yang Tak Terkawal
Menjengah ke ruangan balas di X, ramai meluahkan rasa risau dengan taktik scammer yang mampu mempengaruhi golongan dewasa.
“Bayangkan makcik-makcik yang tak tahu sangat tentang AI ni. Mahu dia belikan untuk rakan-rakan dia sekali sebab Khairul Aming yang promosi,” ujar seorang pengguna X.
Malah, ramai juga bersetuju dengan pandangan Khairul Aming yang mana penggunaan teknologi AI yang tidak terkawal dapat menyebarkan lebih banyak maklumat palsu.
“Seram hidup zaman AI ni. Takut banyak fitnah dari yang betul,” jelas seorang warganet.
Sementara itu, segelintir individu menyarankan influencer berkenaan untuk saman pihak yang menggunakan visual dan suaranya dalam mempromosi barang.
“Cari penjual dia. Lepas tu saman RM100 juta. Bagi bisnes dia bungkus terus,” kata seorang lelaki.
Gambar Khairul Aming Pernah Disunting Untuk Promosi Barangan Apple
Terdahulu, foto-foto influencer itu juga pernah disunting menggunakan ‘software photoshop’ oleh banyak premis palsu yang menjual iPhone. Gambar Khairul Aming disunting bagi tujuan mengiklankan peranti jenama Apple.
Difahamkan, pengiklanan oleh scammer ini berleluasa semenjak Khairul Aming membuat reviu peranti iPhone 15 Pro miliknya.
Dalam foto tersebut, imej Khairul Aming yang sedang memakai Baju Melayu sambil memegang beg beli-belah jenama Machines telah disunting dalam satu gambar dikatakan berlokasi di pusat membeli-belah Pavillion Kuala Lumpur.
Baca Artikel Berkaitan: “Kedai Tu Tak Wujud” – Scammer ‘Photoshop’ Gambar Khairul Aming Untuk Promosi Peranti Apple
Baca Artikel Berkaitan: Scammer Di India Tiru Suara Kanak-Kanak Guna AI Untuk Perangkap Ibu Bapa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram