Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Kedai Aiskrim Di Taman Sri Muda Dirompak, Mangsa Ditikam 8 Kali Pada Bahagian Perut

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tular di media sosial video mengenai kes rompakan melibatkan staf sebuah kedai aiskrim cawangan Taman Sri Muda, Shah Alam.

Melihat pada rakaman CCTV yang dimuat naik, difahamkan kejadian itu berlaku semalam (12 Ogos) pada sekitar jam 11.25 pagi.

Rompakan tersebut melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun yang merupakan pengurus di cawangan berkenaan. Difahamkan dia ketika itu mempunyai wang sebanyak RM4,000 bersamanya.

Mangsa juga dilaporkan ditikam sebanyak lapan kali di bahagian perut dan berada di bawah pemantauan doktor setakat 12 pagi tadi.


Mangsa Dirompak Ketika Sedang Bertugas Seorang Diri

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Bin Ibrahim, telah mengeluarkan satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Polis (IPD) Shah Alam.

Katanya, pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian rompakan itu sekitar 11.40 pagi hari sama daripada abang kepada mangsa.

Mangsa ketika itu sedang bertugas seorang diri di kedai sementara menunggu rakan sekerja lain tiba, apabila disamun sekitar 11.30 pagi.

Polis mengenal pasti suspek sebagai seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya. Suspek yang memakai pelitup muka menggunakan pisau pemotong kertas bagi cubaan samun.

Tangkap layar hantaran media sosial yang tular.

Mangsa & Syarikat Tidak Mengalami Sebarang Kerugian

Namun begitu, Mohd Iqbal berkata cubaan tersebut berjaya digagalkan oleh mangsa yang mengalami kecederaan akibat ditikam.

Mangsa telah dirawat di Hospital Shah Alam dan dibenarkan pulang pada 1 pagi hari ini (13 Ogos).

Mohd Iqbal berkata tiada sebarang kerugian yang dialami oleh mangsa mahupun pihak syarikat kedai terbabit.


Polis Sedang Kesan Suspek

Tambahnya, semakan CCTV berjaya menimbulkan wajah sebenar suspek dan usaha giat dijalankan untuk mengesan dan menangkapnya dengan segera.

“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Mohd Syer Aidid di talian 013-6544996,” katanya.

Sumber: Polis Shah Alam/ Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles