Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, keselamatan diri merupakan perkara paling penting yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak tidak kira umur. Isu keselamatan mula menjadi bualan ramai selepas banyak kes jenayah dilaporkan.
Seperti sebelum ini, graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini ditemukan mati di kawasan ladang kelapa sawit selepas dibunuh oleh Lans Koperal Muhammad Alif Monjani.
Ini membuatkan orang ramai lebih berwaspada tentang keberadaan ahli keluarga terutamanya lokasi mereka semasa di luar rumah.
Baca Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Dipercayai Mati Dibunuh, Penjawat Awam Usia 26 Tahun Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman
Instagram Perkenal Ciri Baru, Boleh Kongsi Lokasi Dengan Kenalan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @brgsjks) apabila seorang lelaki memberi peringatan kepada orang ramai tentang satu ciri terbaharu Instagram yang dikenali sebagai ‘Friend Map’.
Ciri tersebut membolehkan pengguna mengetahui lokasi sebenar kenalan di platform tersebut. Ciri baru yang diperkenalkan itu telah mendapat perhatian di mana ramai pengguna media sosial tidak bersetuju dengan fungsinya.
“Rakan-rakan di Instagram, tutup la siap-siap. Kongsi lokasi apa jadah dekat Instagram ni. Tekan invisible mode dan tamat,” kata pemilik akaun @brgsjks.
Jika anda masih memilih untuk berkongsi lokasi, lelaki itu memberi nasihat agar lokasi tersebut hanya dipaparkan kepada kenalan terdekat dan orang sekeliling yang boleh dipercayai sahaja.
Hal ini kerana mendedahkan lokasi semasa boleh berisiko memudaratkan keselamatan diri anda.
“Bukan (tunjuk lokasi) secara umum macam ni. Agak bahaya terdedah macam ni dan orang tak dikenali boleh tahu korang dekat mana,” ujarnya lagi.
Rakan rakan di instagram, disable la siap siap share location kejadah kat instagram ni. Tekan invisible mode dan tamat. Share location dengan orang yang korang boleh percaya je ok. Bukan publicly macamni. Agak bahaya terdedah macamni and strangers boleh tau korang kat mana. pic.twitter.com/2Hg7l4tF5U
— brgsjks (@brgsjks) August 6, 2024
Nasihat Orang Ramai Terutamanya Golongan Wanita Untuk Tak Kongsi Lokasi
Menerusi semakan kami di laman Instagram, orang ramai juga telah mula menyebarkan satu ‘template’ melalui Instagram Story sebagai kesedaran kepada semua pengguna untuk tidak berkongsi lokasi terutamanya golongan wanita.
“Kita tak tahu kalau awak ada pengintip yang psiko dari Instagram. Tapi tolong jangan, dunia sekarang kejam. Orang niat tak baik pada anda, macam-macam boleh jadi,” menurut paparan tersebut.
Pengguna Instagram Boleh Pilih Untuk Tidak Kongsi Lokasi
Menurut Instagram, lokasi pengguna akan dikemas kini setiap kali anda membuka aplikasi berkenaan.
Jika anda tidak mengakses Instagram dalam masa 24 jam, lokasi semasa akan hilang dari paparan sehinggalah anda membuka ia semula. Pun begitu anda boleh memilih untuk berkongsi lokasi atau tidak dengan kenalan anda dengan menekan butang ‘invisible mode’.
Ramai Setuju Ciri Baru Instagram Ini Bahaya
Menjengah ke ruangan balas, orang ramai bersetuju dengan pendapat @brgsjks, selain berkata ciri-ciri tersebut adalah tidak diperlukan.
“Betul, benda ni tak patut ada pun sebab terlalu terbuka sangat kepada umum. Lagi-lagi kalau ada orang tua yang tak tahu pakai pakai Instagram dan tak dapat nak tutup lokasi dia. Macam mana?” jelas seorang lelaki.
Malah, ramai juga berpendapat ciri ini boleh membahayakan nyawa seseorang.
“Tak boleh brain lepas dah banyak kes bunuh semua, dia orang (pengguna) masih boleh suka-suka lagi kongsi pada umum,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ada juga yang berpandangan berkongsi lokasi dengan senarai kenalan dalam ‘Close friends’ juga tidak boleh dipercayai 100%.
“Dunia ni makin bahaya. Kalau nak guna ‘close friends’ sekalipun, fikirlah 2-3 kali. Tak semua dalam close friend kita ni boleh percaya. Ada je yang sanggup screen shot dan letak dekat umum,” kata seorang pengguna X.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram