Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Best Gender Reveal Ever!”– Pempengaruh Singapura Guna Tarian Singa Di Majlis Dedah Jantina Bayi

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menyambut ketibaan cahaya mata merupakan satu momen indah yang amat ditunggu-tunggukan oleh kebanyakan pasangan berkahwin.

Apabila si ibu hamil, banyak persediaan dilakukan seperti membeli peralatan dan pakaian bayi, mengikuti kelas penjagaan bayi dan membuat tempahan bersalin di hospital.

Terdapat juga pasangan yang akan mengadakan majlis ‘gender reveal’ untuk mendedahkan jantina bayi sebelum ibu bersalin kepada keluarga dan rakan-rakan.


Guna Tarian Singa Untuk Gender Reveal

Seorang pempengaruh Singapura, Grace Glazee(@graceglazee), tampil dengan kelainan apabila menggunakan Tarian Singa di majlis gender reveal kandungannya.

Warna singa yang dipaparkan berbeza dengan singa tradisional yang berwarna merah atau kuning. Sebaliknya, kelihatan seekor singa berwarna biru yang mewakili jantina lelaki dan seekor singa merah jambu bagi perempuan.

Kedua-dua singa tersebut berdiri di belakang sebuah kotak yang ditutup dengan kain berwarna biru dan merah jambu. Kedengaran juga bunyi muzik Tarian Singa dimainkan.

Tidak lama kemudian, keluar seekor singa kecil berwarna biru dari kotak tersebut dan konfeti berwarna biru turut dilepaskan. Ini bermakna pasangan itu bakal menyambut kelahiran bayi lelaki!

https://www.tiktok.com/@graceglazee/video/7399127739531365639

“Best Gender Reveal Ever!” – Pengguna TikTok

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji gender reveal tersebut sebagai yang paling kreatif dan original pernah mereka lihat.

Malah, ada yang berkata ini antara gender reveal kegemaran mereka!

Beberapa individu turut memuji penggunaan Tarian Singa yang tradisional, sekaligus membawa majlis itu dekat dengan budaya Cina.


Majlis Gender Reveal Bertemakan Dim Sum

Selain daripada Tarian Singa di majlis gender reveal itu, Grace turut menyediakan pelbagai perkara lain yang menarik perhatian.

Majlis yang bertemakan ‘Dim Sum’ itu turut menyediakan kek dan cupcake berbentuk bao atau pau buat para tetamu. Kek berbentuk pau ini diambil sempena nama Bao Bao yang bermaksud bayi.

Mereka turut menyediakan papan aktiviti untuk para tetamu meneka jantina bayi dengan melukis bao berwarna biru atau merah jambu. Comel betul!


3 Idea Gender Reveal Yang Simple

Jika anda ingin mengadakan majlis gender reveal untuk bayi dalam kandungan, di sini kami senaraikan tiga cadangan yang sweet dan simple.

#1. Kek

Upah pembuat kek untuk mengisi aising berwarna biru atau merah jambu ke dalam kek. Apabila memotong kek, anda akan dikejutkan dengan warna mengikut jantina bayi dalam kandungan.

Boleh juga sediakan dalam bentuk cupcake dan meminta tetamu untuk menggigitnya dalam masa yang sama.

#2. Belon

Selain makanan, belon juga boleh digunakan bagi gender reveal. Anda boleh mengisikan belon helium berwarna biru atau merah jambu ke dalam sebuah kotak.

Apabila kotak tersebut dibuka, belon tersebut akan terapung keluar dan mengejutkan para tetamu yang hadir.

#3. Konfeti

Boleh juga isikan konfeti berwarna biru atau merah jambu mengikut jantina bayi di dalam belon berwarna hitam. Anda cuma perlu pecahkan sahaja belon menggunakan pin untuk mengejutkan para tetamu. Surprise!

Sumber: GIPHY

Jika anda mahu dikejutkan sekali ketika majlis tersebut, bolehlah dapatkan bantuan ahli keluarga atau rakan bagi mengelola gender reveal itu.

Tidak kira bayi lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya pasti membawa kegembiraan bagi keluarga anda!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles