Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Apakah Hukum Peguam Membela Pihak Bersalah? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 23 Julai, Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Sehubungan itu, timbul persoalan mengenai tugas peguam bela yang mewakili keenam-enam OKT tersebut. Ada yang sehingga mempersoalkan jika tugas ini bertentangan dengan syariah.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan, 6 Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung


Haram Peguam Cuba Membuktikan Pesalah Tidak Bersalah

Jelas Ustaz Azhar Idrus, jika seorang peguam menegakkan perkara yang tidak benar, maka ia jatuh haram.

“Tengok pada kaedah, sekiranya (peguam) membela perkara yang batil menjadi hak, dan yang hak menjadi batil, hukumnya haram,” katanya.

Oleh itu, apakah tugas peguam bela terhadap individu yang dipercayai bersalah? Ustaz Azhar berkata peguam bela bertanggungjawab dalam perbicaraan agar tertuduh tidak dikenakan hukuman yang tidak adil.


Pendapatan Jadi Haram Jika Peguam Tahu Orang Yang Dibela Bersalah

Dalam masa sama, pendakwah bebas itu berkata terdapat pula peguam bela yang mengetahui bahawa seseorang itu bersalah, namun cuba untuk membuktikan dia tidak bersalah. Maka hasil pendapatan peguam tersebut dianggap haram dalam Islam.

“Kalau dia (peguam bela) yakin orang ini tidak bersalah dan dia bela orang ini, maka halal pendapatannya. Tapi kalau dia yakin orang inilah yang bunuh orang itu, tapi dia bijak dan akan ubah fakta supaya orang ini tidak nampak membunuh dan akhirnya dibebaskan, dia dipanggil bertolong-tolong atas perkara zalim,” katanya.


Profesion Peguam Itu Sendiri Tidak Salah

Di samping itu, orang ramai sering menyebut peguam sebagai satu profesion ‘dengan sebelah kakinya di dalam neraka’. Berdasarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor, kitab Fatawa Islamiyyah menjelaskan bahawa pekerjaan peguam tidak menjadi kesalahan.

Peguam yang mewakili pihak yang benar bagi menuntut kebenaran ialah sifat yang terpuji, namun diharamkan mewakili pihak bersalah. Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَ ٰ⁠نِۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”.

Surah al-Maidah (2)


Hakim Yang Tentukan Tertuduh Bersalah Atau Tidak, Bukan Peguam

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa peguam yang membela pihak yang diketahui bersalah adalah berdosa. Katanya lagi, wang yang diterima daripada perkara itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.

Sehubungan itu, pengamal undang-undang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata seseorang yang dituduh hanya layak ditentukan bersalah ataupun tidak oleh hakim di mahkamah.

Tambahnya, peguam bela sebenarnya bukanlah membela pesalah, tetapi mewakili tertuduh di mahkamah dan memastikan perbicaraan dijalankan dengan adil dan saksama mengikut proses undang-undang.

“Peguam sebenarnya sebahagian daripada pegawai mahkamah, pemudah cara kepada proses keadilan dalam perlembagaan. Bukan semata-mata membela orang yang salah,” katanya.


Setiap Individu Layak Dibela Peguam Jika Ditangkap

Mungkin ada yang persoalkan, jika seorang individu sudah diyakini bersalah, mengapakah dia masih dibicarakan di mahkamah?

Memetik perenggan tiga Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihanraya.

Oleh itu, setiap individu yang dituduh dan mahu dibicarakan berhak diwakili oleh peguam.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles