Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Atlet Olimpik Paris 2024 Muat Naik ‘Voice Note’ Sebutan Nama, Orang Ramai Teruja Tahu Perkara Itu

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila menyertai sebuah acara melibatkan peserta dari seluruh dunia, mereka yang bertugas sebagai penyampai perlu peka dengan sebutan nama melibatkan pelbagai bahasa.

Antara sebutan nama yang agak sukar untuk dibaca adalah bahasa Thailand, Sepanyol, Korea Selatan, Jerman dan sebagainya.

Takut pula kalau ada yang berbelit lidah untuk menyebut nama mereka dengan lancar sebelum memulakan majlis.


Atlet Perlu Letak Latar Suara Untuk Sebutan Nama Mereka

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@heytofans), individu ini mendedahkan bahawa kesemua atlet yang bertanding di Sukan Olimpik pada tahun ini perlu memuat naik ‘voice note’ yang menyebut nama mereka.

Antara atlet Malaysia yang turut memuat naik ‘voice note’ untuk memberi panduan kepaada sebutan nama mereka adalah:

Sumber: Olympics
Sumber: Olympics

Selain itu, peserta dari negara-negara lain juga memberikan panduan melalui ‘voice note’ bagi mereka yang mahu menyebut nama mereka. Antaranya:

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah atlet yang tidak meletakkan latar suara sebutan nama mereka.

Anda yang mahu menyemak sendiri sebutan nama atlet-atlet Sukan Olimpik Paris 2024, boleh klik [DI SINI].


Orang Ramai Baru Tahu Ada Latar Suara Untuk Sebutan Nama Atlet

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menganggap bahawa inisiatif itu adalah sesuatu yang bermanfaat kerana dapat membantu penganjur dan rang ramai terutamanya masyarakat dari negara lain untuk menyebut nama.

“Bagus betul benda ni. Masyarakat negara lain boleh tahu cara untuk sebut nama dengan betul,” ujar seorang pengguna X.

Namun, sesetengah individu pula berkata bahawa perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baharu.

“Perkara ini bukan benda baru. Selalunya mereka akan buat apabila seseorang memenangi medal. Mereka biasanya akan dengar dan cuba untuk menyebut nama dengan tepat,” kata seorang pengguna media sosial.

Kalau anda perasan, wujud segelintir atlet yang tidak dapat memberikan sebutan nama dengan baik kerana latar belakang yang agak bising.

“Diorang ni rekod suara pakai telefon lepas tu hantar kat WhatsApp ke?” soal masyarakat.

Sumber: X

Sukan Olimpik Paris 2024

Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan Sukan Olimpik kali ke-33 yang bakal berlangsung bermula esok, 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024.

Menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM), seramai 26 orang atlet Malaysia dan 40 pegawai akan ke Olimpik di ibu negara Perancis itu.

Sumber: Facebook RTM

Sebanyak 32 jenis sukan yang dipertandingkan untuk membolehkan atlet merebut piala emas bagi negara mereka.

Antaranya seperti badminton, hoki ais, tenis, berenang, futsal, berenang dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Baru Level Antarabangsa” – Baju Seragam Atlet Paralimpik Malaysia Raih Pujian Masyarakat

Baca Artikel Berkaitan: MOM Tukar Corak Baharu Pakaian Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024, Lebih Garang & Menyerlah!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 13 Baju Seragam Atlet Dari Negara Lain Untuk Sukan Olimpik 2024 Di Paris

Untuk rakyat Malaysia yang mahu menonton Sukan Olimpik 2024 secara langsung, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara percuma kepada anda semua.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles