Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

[Video] Gadis Kecil Tersangkut Di Tengah-tengah Laluan Zipline Di Bali Bikin Ramai Kecut Perut

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang pernah ke Pulau Nusa Penida di Bali, Indonesia, lokasi itu merupakan tempat tumpuan ramai pelancong kerana mempunyai pemandangan yang indah.

Selain itu, pengunjung yang mahu mencipta kenangan lebih istimewa juga akan memilih untuk menaiki zipline yang akan melalui di antara dua penjuru kawasan berbukit.

Di antara dua buah bukit itu, terdapat air lautan berwarna biru yang mendamaikan dan tiupan angin. Memang sesuai sangat untuk korang suka ‘healing’ dengan cara agak unik.


Kanak-kanak Tersekat Di Tengah Laluan Bertali Pada Zipline

Menerusi video dimuat naik di laman X (@Pai_C1), satu situasi mendebarkan telah ditunjukkan di mana seorang gadis kecil telah terhenti di tengah-tengah laluan bertali ketika sedang menaiki zipline di Pulau Nusa Penida.

Keadaan itu telah menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran agak terkejut selepas melihat apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak itu yang dilihat memakai topi keselamatan telah cuba untuk menggerakkan tali pada zipline berkenaan dengan menghayunkan tubuh badannya ke depan dan juga ke belakang.

Sumber: X (@Pai_C1)

Tindakan gadis berkenaan membolehkan tali yang tersangkut itu mula bergerak perlahan-lahan.

Walau bagaimanapun, video tersebut tidak menunjukkan sama ada kanak-kanak itu berjaya sampai sehingga ke lokasi mendarat atau tidak.

Untuk lihat video penuh, boleh klik [DI SINI].


Netizen Puji Sikap Tenang Kanak-kanak Itu

Rata-rata masyarakat yang menonton video berkenaan memberi pujian terhadap gadis kecil itu kerana berjaya mengekalkan diri dalam keadaan tenang meskipun berada dalam situasi mencemaskan.

Malah, sesetengah netizen menganggap keberanian kanak-kanak terbabit sebagai luar biasa kerana masih boleh menghayunkan badannya.

“Anak yang bijak. Dia tak panik. Tapi boleh melawan rasa takut. Aku tak boleh setenang kamu dik,” ujar seorang netizen.

Ada juga netizen yang berpendapat mereka mungkin akan menangis sekiranya berada dalam situasi kanak-kanak itu.

“Tenang betul. Kalau aku mungkin dah menangis,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, sesetengah masyarakat pula merasakan pihak pengurusan permainan zipline tersebut perlu mempertingkatkan semula kualiti alatan mereka agar kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Selain itu, ada juga yang mendakwa situasi berkenaan berlaku mungkin kerana kanak-kanak terbabit terlalu ringan.

Sumber: X

Pihak Pengendali Zipline Diarahkan Untuk Ditutup Buat Sementara Waktu

Memetik laporan Kompas, premis yang menawarkan servis zipline di kawasan tersebut telah diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu sejak 12 Julai lalu.

Difahamkan penutupan tersebut dikaitkan dengan faktor keselamatan di mana pihak pengurusan bagi aktiviti berkenaan tidak memenuhi beberapa piawaian untuk melakukan aktiviti melibatkan zipline.

Ketika diminta untuk menunjukkan permit, pihak mereka yang baru beroperasi pada 2 Julai lalu tidak dapat menunjukkan kelulusan tersebut dan hanya memiliki permit pelancongan pantai.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles