Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Bagus Didikan Ibu Bapa”– Murid Lelaki Salam & Peluk Pak Guard Raih Perhatian Ramai

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sikap berbudi bahasa dan berkelakuan baik adalah perkara yang perlu dipraktikkan oleh semua golongan masyarakat tidak umur jantina, umur atau bangsa.

Apabila berada di pekarangan sekolah, antara insan terpenting yang perlu dihormati oleh para murid adalah guru. Pun begitu, pengawal keselamatan yang banyak menjaga pelajar juga tidak terkecuali.

Sebelum ini, seorang pengawal keselamatan dipuji ramai kerana sanggup mengangkat setiap murid keluar dari pagar sekolah bagi mengelakkan mereka terkena takungan air.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Elak Kasut Basah Terkena Air Bertakung, ‘Pak Guard’ Sanggup Angkat Setiap Murid


Kanak-kanak Lelaki Salam & Peluk ‘Pak Guard’ Sekolah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@zilamohd) menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki sedang menyapa pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah.

Menurut si ibu yang dikenali sebagai Zila, pakcik tersebut selalu menjaga anak-anaknya iaitu Qauthar dan Orked selepas waktu persekolahan jika dia terlewat untuk menjemput mereka.

Pengawal keselamatan itu juga dikatakan selalu meluang masa berbual dengan anak Zila dan menghiburkan mereka dengan pelbagai cara.

Menerusi perkongsian tersebut, Qauthar dilihat sedang salam tangan dan memeluk erat pengawal keselamatan berkenaan seolah-olah sudah begitu selesa dengannya.

Terima kasih uncle. Menjaga anak-anak kami selama dua tahun di sekolah ini. Seorang uncle yang sangat baik dan sangat ikhlas bekerja.

Zila.
Sumber: TikTok (@zilamohd)

Si Ibu Harap Anak Sentiasa Menghormati Orang Lain

Dalam video sama, Zila turut memberikan sedikit pesanan kepada anak-anaknya untuk sentiasa menyantuni orang yang lebih tua.

“Sentiasalah saling berkasih sayang dan menghormati orang lain. Walau siapa pun mereka,” tambah si ibu lagi.

@zilamohd Replying to @Walking Bulgasal ♬ original sound – Zila mohd

Orang Ramai Puji Cara Zila Mendidik Anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat memuji ibu bapa kerana mendidik anak dengan baik.

“Kalaulah semua orang ajar anaknya macam ni. Mesti tak ada perkataan kau kaya, kau miskin. Semua dilayan elok. Tahniah ajar anak dengan baik,” kata seorang individu.

Malah, ada segelintir individu berharap agar sikap menghormati golongan dewasa itu diterapkan sehingga sudah meningkat usia.

“Tak rugi berbaik dan berbahasa sopan dengan sesiapa pun. Tahniah adik, bawalah sikap yang baik tu sampai dewasa atau bila-bila ya,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman manis mereka bersama pengawal keselamatan yang sama sebelum ini.

“Uncle ni baik sangat. Semalam masa ambil anak, dia cakap ada seseorang dari pengurusan sekolah tak bagi uncle keluar pagar untuk bantu turun naik kereta. Tetapi dia tetap membantu budak,” jelas seorang pengguna TikTok.


Sumber: TikTok (@zilamohd)

Video Qauthar Menari Bersama Pak Guard Pernah Tular

Sebelum ini, video perkongsian melibatkan Qauthar dan pakcik tersebut pernah tular menunjukkan mereka sedang menari bersama-sama di hadapan pagar sekolah.

Menurut Zila, si anak perlu memberikan ‘kata laluan’ untuk memasuki sekolah dengan menari dahulu bersama pengawal keselamatan yang menunggu di pagar.

Hantaran tersebut telah mencuit hati pengguna media sosial, di mana ramai terhibur melihat kemesraan di antara petugas sekolah dan juga murid itu. Dari situ sahaja, kita boleh lihat betapa selesanya murid sekolah tersebut dengan pak guard.

Kalau suasana meriah seperti itu, sudah tentu para murid akan berasa seronok setiap kali hadir ke sekolah.

@zilamohd Replying to @🤗 ♬ original sound – Zila mohd

Baca Artikel Berkaitan: ‘Aunty Guard Viral’ Tersenarai Sebagai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan Dari YDPA

Baca Artikel Berkaitan: Pak Guard Menangis Terharu Lepas Pekerja Pejabat Rai Hari Jadinya, Rupanya 8 Tahun Dah Tak Sambut Birthday [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles