Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Czer Ke Normal?” – Uyaina Arshad Kongsi Perkara Tak Patut Ditanya Pada Ibu Baru Bersalin

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu yang baru bersalin perlu menjalani proses berpantang selama sekurang-kurangnya 40 hari jika mengikut budaya Melayu.

Apabila seorang ibu baru melahirkan bayinya, ahli keluarga dan rakan-rakan pasti teruja dan tidak sabar melawat anak-beranak itu.

Namun, ada pula individu yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar atau soalan sensitif pada ibu.


Jangan Tanya Tentang Perkara Ini Pada Ibu Baru Bersalin

Menerusi hantaran di TikTok, pelakon, Uyaina Arshad telah berkongsi beberapa perkara yang tidak patut ditanyakan kepada ibu baru bersalin. Dia kini sedang dalam tempoh berpantang setelah menyambut kelahiran anak keduanya.

Dia menerima senarai tersebut menerusi perkongsian oleh pengikutnya di Instagram.

Uyaina berkata sesetengah maklum balas yang diterima sehingga membuatkannya terkedu kerana tidak percaya terdapat manusia yang sedemikian.

#1. Kaedah bersalin

Setiap ibu yang baru bersalin pasti menerima soalan sama ada bersalin secara normal atau menerusi pembedahan cesarean (C-section) kan?

Uyaina mempersoalkan adakah beranak secara pembedahan seolah-olah ‘tidak cukup melahirkan’? Tak sama macam bersalin normal? Ada juga yang berkata bersalin secara C-section tidak sakit, walhal ia melibatkan pembedahan ke atas tujuh lapisan perut yang dilakukan ketika ibu separuh sedar.

Namun mungkin sesetengah orang bertanyakan soalan ini sebagai tanda ambil tahu tentang keadaan ibu yang baru bersalin.

Ada juga yang mempersoalkan ibu yang mengambil suntikan epidural bagi mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Katanya, ibu tidak dapat merasa ‘nikmat’ sakit bersalin itu.

Sumber gambar: Unsplash
#2. Pemberian susu formula

Selain daripada kaedah bersalin, orang ramai juga gemar bertanya tentang pemberian susu pada bayi, sama ada susu badan atau formula.

Namun, ada pula yang mempersoalkan secara berlebihan jika ibu tidak mempunyai susu badan sehingga perlu memberi susu formula pada bayi.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa ibu memerah susu untuk diberikan kepada anak berbanding menyusukan secara terus (direct feeding). Uyaina berkata pasti semua ibu mahu direct feeding kerana lebih mudah dan tidak perlu mengepam, membasuh alatan pam dan sebagainya.

Apabila diberi susu badan sahaja pula, ada yang kata nanti susah nak hantar bayi pada pengasuh. Ibu ni buat apa-apa pun jadi isu ya?

Sumber gambar: Unsplash
#3. ‘Body shaming’ bayi

Body shaming ialah kelakuan yang mengejek atau mempersoalkan tentang rupa atau bentuk badan seseorang. Tak sangka bayi yang baru lahir pun berdepan dengan perkara ini!

Yang biasa kita dengar, orang akan mempersoalkan kulit bayi yang terlalu gelap. Sebenarnya, normal jika kulit bayi kelihatan gelap selepas baru dilahirkan. Perkara ini terjadi kerana kulit bayi yang nipis menyebabkan darah boleh dilihat menerusi kulit, menjadikan kulit kelihatan merah kegelapan.

Ada juga yang berkata kulit bayi mengikut bapa atau ibu yang lebih gelap. Malah ada yang masih mempercayai mitos bahawa ibu yang tidak mengamalkan pengambilan air soya akan menyebabkan kulit bayi menjadi gelap.

Selain itu, orang ramai juga suka membanding-bandingkan saiz bayi yang kelihatan lebih kecil berbanding biasa.

Ada yang berkata muka bayi seperti kanak-kanak Down Syndrome, walaupun sebenarnya tidak mengalami perkara itu.

Sumber gambar: Unsplash
#4. Bersalin di hospital swasta atau kerajaan

Ini satu lagi soalan yang sering ditanyakan pada ibu. Uyaina berkata di telah bersalin di Hospital Tuanku Mizan dan menerima komen bahawa artis pun bersalin di hospital kerajaan.

#5. Ibu belum kurus

Ada pula yang bertanya bila ibu nak kurus sedangkan dia baru sahaja melahirkan anak. Sedangkan ketika mengandung juga berat badan ibu naik perlahan-lahan dalam tempoh sembilan bulan, mustahil jika boleh terus kurus setelah baru sahaja melahirkan anak.

#6. Jarak anak yang rapat

“Bukan tahun lepas baru bersalin ke?” tanya sesetengah orang apabila ibu melahirkan anak lagi setelah setahun.

Uyaina berkata tiada masalah jika wanita bersalin setiap tahun sekalipun. Mungkin timbul kerisauan jika bersalin secara C-section sebelum ini, namun tanyalah dengan elok tanpa melukakan hati ibu.

Sumber gambar: Unsplash
#7. Minta usaha dapatkan anak lelaki setelah ramai anak perempuan

Sesetengah pasangan dikurniakan dengan ramai anak perempuan ataupun anak lelaki sahaja. Namun, masih wujud pemikiran bahawa anak lelaki sahaja yang boleh menjadi ‘pewaris’ bagi suami.

Lebih memburukkan keadaan apabila ada individu yang meminta ibu untuk cuba dapatkan anak lelaki setelah melahirkan beberapa orang anak perempuan. Walhal, jantina anak ditentukan oleh genetik bapa yang membawa chromosome X dan Y, berbanding ibu dengan hanya chromosome X.

Uyaina berkata jika seseorang mempunyai niat yang baik, boleh mendoakan agar pasangan tersebut dikurnikan anak lelaki jika itu yang diinginkan oleh ibu. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan seolah-olah menyalahkan ibu.

#8. Berkata ibu bersifat manja

Pada masa kini, para ibu mempunyai pilihan untuk mengupah ‘confinement lady’ (CL) ketika berpantang. Namun ada pula yang mempersoalkan mengapa ibu tidak boleh berpantang sendiri.

Uyaina berkata pantang ialah masa untuk seorang ibu memulihkan dirinya dan bertenang. Jika seorang ibu tidak boleh berpantang sendiri, tidak salah untuk mendapatkan bantuan CL.

Tapi dalam masa sama, janganlah persoalkan pula wanita yang memilih untuk berpantang dengan ibunya tanpa mendapatkan khidmat CL.

Selain itu, ada juga yang memandang remeh ibu yang berasa sakit bersalin dengan membandingkan dirinya yang sudah melahirkan ramai anak. Perkara ini seolah-olah menidakkan pengalaman ibu yang berasa sakit sewaktu bersalin.

Sumber gambar: Unsplash
#9. Tidak menggugurkan bayi yang mempunyai masalah

Seorang individu berkongsi bahawa anak keduanya merupakan kanak-kanak istimewa Down Syndrome. Namun dia telah dipersoalkan mengapa tidak menggugurkan bayi itu sewaktu dalam kandungan atas alasan akan sentiasa menangis.

Sehingga menepuk dahi Uyaina membaca perkongsian itu! “Kenapalah manusia ada mulut macam ni? Astaghfirullahalazim,” keluhnya.

Malah ada juga yang berkata pada ibu berumur yang sedang hamil bahawa anak akan mengalami risiko Down Syndrome. Kata Uyaina, walaupun perkara ini mungkin benar secara saintifiknya, namun terdapat cara yang elok untuk bertanya tanpa menyakiti hati ibu.

@uyaina.arshad

Soalan apa yang TAK patut tanya dekat ibu yang baru bersalin? Korang pernah dapat soalan yang macam mana? Comment for Part 2!

♬ original sound – UyainaArshad – UyainaArshad

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles