Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersikap ihsan terhadap haiwan merupakan satu perbuatan yang amat mulia. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan haiwan terbiar, yang mana tempat tinggal serta makan minum tidak terjaga.
Sebelum ini, seorang wanita prihatin dikenali sebagai Kak Wa telah menyentuh hati orang ramai apabila dia selalu memberi makan kepada seekor anjing jalanan yang diberi nama Tam.
Bukan setakat Kak Wa, seorang lagi pemberi makanan buat haiwan jalanan iaitu Aunty Aileen juga sudah menyelamatkan puluhan anjing jalanan di Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan
Pekerja Pembersihan Letak Kucing Atas Bahu Semasa Bertugas
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@amaiqml) menyaksikan satu situasi mengharukan yang sedang berlaku di atas jalan raya sekitar ibu kota.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang pekerja pembersihan sedang menyapu sampah sarap dan daun yang berguguran di bahu jalan.
Dalam masa yang sama, seekor kucing berwarna putih dilihat mengekori pekerja tersebut sepanjang dia bertugas. Selepas memerhati si bulus buat seketika, petugas itu kemudian mengangkat kucing berkenaan dan meletakkannya di atas bahu.
Sejurus itu, tukang sapu tersebut meneruskan tugasannya seperti biasa dengan dengan si bulus di sisinya.
Kucing itu pula dilihat tenang duduk di atas bahu seperti sudah terbiasa dengan aksi sedemikian. Comel betul!
Perkongsian berkenaan telah membuatkan orang ramai ‘cair hati’ dengan jumlah tontonan melebihi dua juta setakat artikel ini ditulis.
@amaiqml cat destribution system #catdistributionsystem ♬ Old enough to understand – audios!!
Pakcik Angkat Kucing Letak Atas Bahu Dipuji Ramai
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai telah memuji pekerja tersebut kerana bersikap baik terhadap kucing jalanan tersebut.
“Perbuatan kecil yang baik oleh lelaki ini semestinya akan diberikan ganjaran di akhirat nanti,” ujar seorang pengguna TikTok.
Malah ada yang berkata kucing tersebut pandai memilih dan menilai orang yang bersikap baik hati.
Sementara itu, ramai juga pada awalnya menyangka pakcik tersebut mahu membuang kucing berkenaan.
“Aku dah over thinking (terlebih fikir) ingat dia (tukang sapu) nak campak (kucing),” kata seorang wanita.
Bersikap Ihsan Terhadap Haiwan Dituntut Dalam Islam
Berbuat baik kepada semua makhluk Allah SWT termasuklah juga kepada haiwan adalah dituntut dalam Islam.
Ini seperti mana firman Allah SWT dalam al-Quran:
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
Maksudnya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
[Surah al-An’am: 38]
Mereka yang bersikap baik dengan haiwan juga akan diberi ganjaran pahala di sisi-Nya.
Baca Artikel Berkaitan: 2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Anjing Terbiar Setiap Hari Diberi Nasi Lemak. Sampai Berisi Badan!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram