Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

[Video] 2 Lelaki Dipuji Sanggup Melintas Jalan Untuk Bantu Tolak Kereta Rosak Ke Tepi Lebuh Raya

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pengguna jalan raya pasti mahukan perjalanan yang lancar dan selamat sehingga tiba ke destinasi masing-masing.

Namun, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari dugaan dan cabaran. Sebagai contoh, walaupun sudah melakukan pemeriksaan kereta sebelum bergerak, tidak mustahil anda boleh berdepan perkara tidak diingini ketika berada di jalan raya.

Apabila perkara sebegitu terjadi, mesti segelintir individu yang terlibat akan berasa cemas dan tidak tahu untuk berbuat apa.


Dua Lelaki Bantu Tolak Kereta Rosak Di Tengah Lebuh Raya Ke Lorong Tepi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Noor Hayati Sahari, menyaksikan satu situasi cemas yang berlaku di lebuh raya menghala ke utara dipercayai berhampiran dengan Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Difahamkan kereta milik Noor Hayati secara tiba-tiba ‘mati’ di laluan kanan. Oleh disebabkan kerosakan tersebut, dia bersama penumpang yang lain telah terkandas di sana dalam tempoh masa yang lama.

Sewaktu kejadian berlaku, wanita tersebut turut berasa risau sekiranya ada kenderaan dari arah belakang yang tidak menyedari situasi yang dihadapinya meskipun lampu hazard sudah dinyalakan.

Selepas menunggu lama di sana, dua orang lelaki dari seberang jalan secara tiba-tiba datang melintasi lebuh raya dan menghampirinya untuk menghulurkan bantuan. Jelas Noor Hayati, dua lelaki berkenaan kemudian bertindak menolak keretanya ke tepi jalan.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!

Sumber: Facebook Noor Hayati Sahari

Wanita Tak Sempat Ucap Terima Kasih

Tambah Hayati, situasi tersebut berlaku dengan sangat pantas sehinggakan dia tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada individu yang sanggup menolong.

“Mereka dah jalan (pergi). Mereka sanggup gadaikan keselamatan mereka untuk membantu kami,” kata Hayati.

Berasa syukur dengan pertolongan tersebut, Noor Hayati berharap agar orang ramai boleh membantunya untuk mencari dua lelaki berkenaan.

Kami memohon sesiapa yang mengenali kedua-dua anak ini, tolong tag (maklumkan kepada) kami. Semoga cepat ditemui. Masih ada lagi anak muda yang prihatin, syukur Alhamdulillah.

Noor Hayati.

Netizen Bersyukur Ramai Rakyat Malaysia Baik Hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana ada individu yang tidak berkira dalam membantu orang tidak dikenali semasa berada di atas jalan raya.

“Ya Allah! Syukur ada insan-insan baik yang Allah hantarkan untuk membantu,” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga netizen berkata rakyat Malaysia sememangnya mempunyai sikap baik hati untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Malaysia ni penuh dengan orang baik. Kalau kamu masih gagal jumpa, jadilah orang tersebut,” kata seorang pengguna Facebook.

Sementara itu, seorang lelaki yang merupakan salah seorang pemandu lori yang melalui kawasan insiden meminta maaf kepada Noor Hayati kerana tidak berkesempatan untuk membantu.

“Saya pemandu lori yang ada dalam video tu. Maaf cik tak sempat tolong. Saya terlajak jalan. Saya ada tengok dua orang ni lari jauh juga untuk ke seberang jalan. Ingatkan apa, rupanya nak tolong tolak kereta. Terima kasih orang baik, semoga Allah membalas jasa baik,” jelas seorang lelaki.

Sumber: Facebook Noor Hayati Sahari

Baca Artikel Berkaitan: Bantu Wanita Alami Kereta Rosak Semasa Bawa Anak Kecil, Anggota Polis Raih Pujian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles