Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes gangguan seksual terhadap golongan wanita semakin hari semakin membimbangkan apabila pelaku semakin berani melakukan perbuatan terkutuk itu di kawasan terbuka.
Perkara ini sudah semestinya menjadikan para wanita lebih berhati-hati untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa.
Walaupun sudah wujudnya undang-undang dan hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah, namun masih ada individu yang tidak mengambil serius tentang perkara tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Reman ‘Cleaner’ Warga Asing Cabul Remaja Lelaki 15 Tahun Di Tandas Pusat Beli-Belah
Baca Artikel Berkaitan: Pihak Polis Tahan Remaja Lelaki Cabul Gadis 12 Tahun Dalam Lif Di Putrajaya
Baca Artikel Berkaitan: Bomoh Cabul Pelajar Dalam Semak Mengaku Bersalah
Wanita Dakwa Dicabul Lelaki Ketika Di Dalam Premis Pasar Raya
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@nfzda), wanita ini mendedahkan satu rakaman video dari kamera litar CCTV di sebuah kedai serbaneka dalam pasar raya di Selayang.
Dalam rakaman video pada Selasa lalu (4 Jun), wanita berkenaan yang memakai seluar berwarna biru dan berbaju hitam dipercayai telah dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai baju berwarna putih.
Lelaki berkenaan didakwa telah menyentuh punggung wanita bertudung tersebut sebaik dia melintasi mangsa.
Panik dengan apa yang berlaku, mangsa bergegas ke kaunter pembayaran dan berjumpa dengan pengurus premis untuk melihat rakaman CCTV sebelum berjumpa sendiri dengan pelaku di kaunter pembayaran.
Pelaku Kata Ia Perbuatan Tidak Sengaja
Ketika ditanya, pelaku tidak mengaku dan berkata kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.
“Saya bertanya kepada lelaki tersebut mengapa berbuat demikian tetapi dia beritahu tidak sengaja melakukan perkara itu.
“Saya menerima rakaman CCTV daripada pekerja premis dan mendapati dia memegang punggung dengan sengaja,” katanya lagi.
Mangsa dalam hantaran yang dimuat naik olehnya berharap agar pelaku dapat ditangkap agar kejadian sama tidak berulang kepada individu lain.
“Saya cuma nak keadilan dan pelaku ditangkap. Kepada yang kecam pemakaian saya, saya terima dengan hati terbuka.
“Kalau pakai jubah sekalipun, tak bermakna lelaki ini boleh buat sesuka hati,” katanya.
Mangsa Buat Laporan Polis Pada Hari Yang Sama
Trauma dengan apa yang berlaku, mangsa telah bergegas ke Balai Polis Jinjang pada hari yang sama untuk membuat laporan polis dan ia kemudiannya dirujuk ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, wanita ini mendakwa pihak polis tidak dapat membuka kes ini kerana kekurangan bukti meskipun sudah memberikan rakaman CCTV serta gambar pelaku yang diterima daripada staf premis terbabit.
Caprice Mohon Pihak Polis Bantu Mangsa Cabul Di Selayang
Selebriti dan juga influencer, Caprice turut berkongsi tentang insiden yang berlaku ini di lama Instagram miliknya (@capricedaddycap) dan menyebut (tag) pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat membantu mangsa.
Jelas Caprice, kejadian sama ini berkemungkinan berisiko untuk berlaku kepada ibu, anak perempuan, isteri atau ahli keluarga sesiapa sahaja.
Difahamkan Caprice juga peka dengan insiden yang berlaku selepas hantaran yang dimuat naik oleh mangsa telah dikongsikan oleh salah seorang kenalannya di ruangan DM.
Komen Tentang Pakaian Mangsa Cetus Perdebatan
Namun begitu, ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Caprice itu turut memperlihatkan beberapa komen netizen mengecam seluar yang dipakai mangsa yang dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna.
Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan netizen yang mengecam pemakaian wanita berkenaan.
“Yang komen sebab seluar ketat tu mesti otak kat lutut kan?” ujar netizen.
Pada masa yang sama, pengguna media sosial juga hairan apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan bukti walhal CCTV sudah menunjukkan segalanya.
“Aik, mangsa pula nak kena buat kerja polis. Cari nama, alamat, nombor kad pengenalan dan sebagainya,” kata netizen.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.