Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tiada angin, tiada ribut, tahu-tahu ada sehelai daun yang bergoyang dengan sendirinya walhal daun-daun yang lain tidak bergoyang.
Ramai orang pasti pernah melihatnya bukan? Bahkan ada yang melibatkannya dengan perkara mistik kerana kebiasaannya ia berlaku di dalam hutan atau kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan.
Malah, ada juga individu yang mendakwa daun tersebut bergoyang kerana sedang berselawat, Wallahu A’lam.
Influencer tampil beri penjelasan kenapa daun bergoyang walau tak rasa ada angin
Bagaimanapun, seorang influencer wanita ini yang sering memuat naik konten mengenai kehidupan dan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan telah tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.
Influencer terbabit yang dikenali sebagai Karabaw Monster atau nama sebenarnya Priceal Sharon Jamain menjelaskan bahawa daun-daun yang bergoyang secara bersendirian sebenarnya disebabkan oleh angin.
Ada angin tapi terlalu sedikit hingga tak boleh dirasai manusia
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Sharon berkata bagaimanapun angin tersebut tidak boleh dirasai oleh manusia menyebabkan ramai orang menyangka daun itu bergoyang bukan kerana angin.
Anak jati Sabah itu membuktikan tentang perkara terbabit dengan menghidupkan pemetik api berdekatan daun yang sedang bergoyang itu untuk mengetahui arah angin.
Sharon kemudiannya menghalang angin terbabit dengan menggunakan tangannya menyebabkan daun terbabit serta merta berhenti bergoyang, ketika tangannya dialihkan, daun itu dilihat kembali bergerak.
Menurutnya, kebanyakan daun yang bergoyang mempunyai bentuk bujur yang memanjang dan tumbuh secara rendang.
Jangan takut atau panik kalau jumpa daun yang bergoyang dalam hutan
Susulan itu, Sharon menasihati orang ramai agar tidak takut atau panik jika melihat daun yang bergoyang meskipun tidak merasai sebarang angin.
“Lain kali kalau nampak macam itu, jangan takut, jangan panik dan jangan fikir macam-macam terutamanya di dalam hutan sebab nanti kalau sudah takut boleh hilang pertimbangan.
“Dan bila sudah hilang pertimbangan, banyak perkara yang tidak baik boleh terjadi seterusnya,” katanya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram