Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Nama ‘Ikhwan’ Jadi Topik Hangat Di Media Sosial, Syarikat Ini Bimbang Namanya Terpalit

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebelakangan ini, banyak media tempatan melaporkan tentang dakwaan membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding Sdn Bhd (GISBH).

Syarikat itu didakwa berkait dengan ajaran sesat serta terbabit dengan jenayah mengeksploitasi kanak-kanak di rumah amal

Isu seperti ini secara tidak langsung membuatkan masyarakat khususnya pengguna media sosial bimbang dan seterusnya menyenaraikan apakah perniagaan yang membabitkan GISBH.

Bimbang terpalit, syarikat penghawa dingin bernama ‘Ikhwan’ tampil maklumkan tiada kena mengena

Sedar mengenai perkara itu dan bimbang jika ada masyarakat keliru, sebuah syarikat penghawa dingin yang dikenali sebagai Ikhwan Aircond & Electric telah tampil memaklumkan mereka tidak mempunyai kaitan dengan pihak berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh syarikat tersebut menerusi satu muat naik di TikTok @ikhwanaircond.

“Dengan segala hormatnya, pihak Ikhwan Aircond & Elektrik ingin memaklumkan kepada semua pelanggan dan orang ramai bahawa syarikat kami tiada kena mengena dengan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

“Nama Ikhwan dalam syarikat kami adalah sempena nama pengasas kami, Ikhwan Hakim dan bukan merujuk kepada mana-mana entiti atau organisasi lain,” katanya.

Malah syarikat itu turut berharap dengan penjelasan yang diberikan sebarang kekeliruan dapat dielakkan.

Ramai terhibur dan sifatkan ‘kerana setitik Ikhwan, rosak Ikhwan sebelangga’

Kenyataan dikeluarkan oleh syarikat itu secara tidak langsung membuatkan ramai terhibur. Malah ada juga yang sempat berseloroh dengan warna mengatakan warna syarikat itu turut boleh mengundang kekeliruan kerana berwarna biru.

Ada juga mengatakan dek kerana satu nama Ikhwan yang terbabit dengan kontroversi, ‘Ikhwan’ lain juga terpalit.

Kenyataan syarikat penghawa dingin itu turut menjadi tular di X dan meraih perhatian pengguna di platform tersebut.

“Haishh kerana setitik ‘Ikhwan’, rosak Ikhwan sebelanga”

“Dah terfikir dah… kesian perniagaan lain yang pakai nama Ikhwan tapi tak berkaitan”

“Jangan risau bang. Asalkan tak pakai songkok Ikhwan sudahlah”

“Kesian semua nama Ikhwan kena ‘banned”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles