Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sukan Paralimpik Paris 2024 memperlihatkan kesungguhan atlet para dalam mengejar impian untuk meraih pingat dalam acara yang dipertandingkan.
Walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan mental, namun ia tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk memungut pingat sekaligus mengharumkan nama negara yang diwakili.
Percayalah, setiap usaha yang dilakukan pastinya akan membuahkan hasil yang membanggakan.
Atlet Sukan Paralimpik Paris 2024 Dari India Raih Mata Penuh Selepas Memanah Guna Kaki
Menerusi rakaman video dimuat naik semula di laman X (@ParveenKaswan), seorang atlet paralimpik wanita dari India yang bertanding dalam acara memanah di Sukan Paralimpik Paris 2024 menunjukkan satu aksi yang telah memukau orang ramai.
Atlet Sheetal Devi itu yang ketiadaan tangan terpaksa memegang busur menggunakan kaki sambil menarik anak panah menggunakan mulut.
Siapa sangka dengan gaya memanahnya yang unik itu membolehkan atlet berkenaan mendapat mata penuh iaitu 10 per 10 atau ‘bull’s eye’ serta melayakkan dirinya menduduki tempat ketiga dan meraih pingat gangsa.
Kalau anda lihat aksi memanah oleh Sheetal itu, dia memang cukup berbakat. Anak panahnya itu memang tepat-tepat kena pada bahagian tengah papan pemanah tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, India telah berjaya mengumpul sebanyak 24 pingat dan ia meletakkan negara tersebut di kedudukan ke-13 dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
#SheetalDevi is the real gold. Look at how determined and talented she is. pic.twitter.com/3OLG1ImXGA
— Parveen Kaswan, IFS (@ParveenKaswan) September 2, 2024
Ramai Terpukau Lihat Aksi Atlet India Memanah Guna Kaki
Aksi memanah dari Sheetal itu telah mengagumkan masyarakat dunia di media sosial dan menganggap atlet tersebut sebagai seseorang yang memberi inspirasi di sebalik kejayaannya itu.
Malah, mereka turut melihatnya sebagai seseorang yang berdedikasi dan kejayaannya itu lebih daripada hanya sekadar memenangi pingat gangsa.
“Perkara ini pastinya memberi inspirasi kepada kita semua. Betul-betul berdedikasi dan usaha kerasanya memotivasikan orang lain,” kata seorang netizen.
Latar Belakang Tentang Sheetal Devi
Memetik sumber dari laman web Olympics, Sheetal dilahirkan pada 10 Januari 2007 dan kini berusia 17 tahun.
Sheetal dilahirkan dengan keadaan kesihatan yang jarang ditemui iaitu dikenali sebagai Phocomelia yang menyebabkan dirinya tidak mempunyai kedua-dua belah tangan.
Atlet berkenaan adalah pemanah wanita tidak bertangan pertama yang memenangi pingat di Kejohanan Dunia Para. Kejayaan itu juga membantu Sheetal mendapat tempat dalam mewakili untuk India bagi Sukan Paralimpik Paris 2024.
Baca Artikel Berkaitan: Tak Pakai Cermin Mata Khas & Tangan Seluk Poket, Aksi Atlet Turkiye Menang Pingat Perak Olimpik Jadi Tumpuan
Baca Artikel Berkaitan: Ziyad Zolkefli Hadiahkan Pingat Ketiga Untuk Malaysia Di Sukan Paralimpik 2024
Baca Artikel Berkaitan: Atlet Badminton Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia Di Paralimpik 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.