Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, sate merupakan antara makanan popular dan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Makan pula sekali dengan kuah kacang, timun dan bawang, memang ‘kena’.
Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan, malah pelancong asing yang bercuti di negara ini juga selalu mencari juadah tersebut di merata tempat.
Kadangkala, ramai juga di antara kita yang akan membawa keluarga besar ke kedai makan semata-mata untuk menikmati hidangan sate sambil berbual mesra.
Peniaga Jual Sate Atas Motosikal
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@johorfoodie) menyaksikan seorang peniaga lelaki dikenali sebagai Udi sedang menjual juadah sate.
Selalunya, anda akan membeli sate di kedai makan atau gerai-gerai berhampiran rumah namun lain daripada lain, Udi telah tampil dengan cara berbeza iaitu menjaja sate di atas motosikalnya.
Dia menjual dua jenis sate kegemaran ramai iaitu sate ayam dan sate daging dengan harga RM1.20 secucuk.
Selepas mendapat pesanan, dia kemudian mula membakar sate atas set api arang kayu yang berada di belakang motosikalnya. Setiap kelengkapan serta bahan lain juga tersedia pada kenderaan dua roda itu.
Kalau anda nak tahu, menjual sate atas motor ini sudah wujud dari zaman 90-an lagi dan agak popular pada ketika itu. Segelintir daripada golongan penjaja sate yang sudah berusia masih menggunakan kaedah sama pada hari ini bagi mencari sumber rezeki mereka.
@johorfoodie Satay on the bike #johorfoodie #foodie #myfoodie #streetfood #makanlokal ♬ original sound – Johor Foodie
Lebih Ramai Pelanggan Jika Jual Sate Atas Motor
Menurut Udi, dia telah menjual sate sejak dia berada di zaman bujang sehingga kini sudah dikurniakan sembilan cahaya mata.
Tambah peniaga tersebut, keuntungan tidak begitu tinggi jika dia duduk di satu tempat sahaja. Oleh disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk ‘merayau’ menggunakan motornya bagi mencari pelanggan.
Selepas sate siap dibakar, ia kemudian dihidangkan atas pinggan bersama timun dan kuah kacang. Memang sama seperti yang anda beli di kedai!
Untuk tempahan anda boleh hubungi:
- Rudisatey de’mutiara JB di talian: 0173259031 (Udy)
Ramai Tak Sangka Jualan Sate Atas Motosikal Masih Wujud
Menjengah ke ruangan komen, ramai tidak menyangka sate atas motosikal masih lagi ada.
Melihat kepada cara Rudi berniaga, ia membuatkan segelintir individu mengimbau momen mereka membeli sate atas motor pada waktu dahulu.
“Teringat zaman kecil dulu. Seorang pakcik jual sate naik motor. Rindu zaman tu, sampaikan pakcik tu sedekahkan sate dekat saya dan adik. Kalau pakcik tu masih hidup harap dia sihat selalu.
Malah segelintir pelanggan turut berkata sate dijual oleh Udi memang menepati selera mereka.
“Memang sedap sate abang ni. Kalau lalu (depan) rumah, anak panggil cakap ada orang jual sate. Murah, sedap dan kuah pekat memang mantap,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, orang ramai juga tidak terlepas untuk menitipkan doa agar rezeki abang Udi dalam menjual sate diperluaskan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram