Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Boleh Ke Kutip?”– Pengunjung Ambil Bunga Segar Di Dataran Putrajaya Lepas Habis Perarakan Curi Perhatian

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, pada 31 Ogos lalu telah berlangsungnya Hari Kebangsaan Negara kali ke-67. Ulang tahun hari bersejarah ini disambut di setiap negeri dan yang paling meriah adalah sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya.

Majlis yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dibanjiri dengan lebih 100,000 pengunjung lain.

Kalau anda nak tahu, ramai yang berpusu-pusu ke sana pada malam sebelumnya bagi mendapatkan tempat duduk terbaik bagi menyaksikan perarakan dan persembahan di depan mata.

Ramai juga di kalangan pengunjung yang berada di sana sehinggalah ke penghujung majlis.


Orang Ramai Kutip Bunga Hidup Di Dataran Putrajaya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@fru_kl) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Farzal menujukkan situasi riuh di Dataran Putrajaya selepas selesai majlis perarakan Hari Kebangsaan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan para pengunjung sedang ‘sibuk’ mengutip bunga segar yang menghiasi pentas utama dataran tersebut. Ada yang memegang beg kertas dan plastik yang besar bagi membawa pulang bunga berwarna-warni itu.

Sumber: TikTok (@fru_kl)

“Semua bunga dipetik. Satu Malaysia memetik (bunga), siap beg. Ini macam nak buat (guna untuk kenduri) kahwin,” kata perakam video.

Memang satu fenomena yang jarang kita boleh lihat ya. Mungkin bunga itu mahu dijadikan sebagai hiasan di rumah?

“Alhamdulillah Malaysia Madani pencinta alam,” ujar Farzal di ruangan kapsyen.

Seorang netizen yang berkunjung ke sana berkata salah seorang petugas Perbadanan Putrajaya telah memaklumkan bahawa bunga-bunga boleh diambil sejurus selesai majlis itu.

@fru_kl Alhamdullilah Malaysia Madani Pecinta Alam 😍💖 #merdeka #merdekamalaysia #medekamalaysia24 #putrajaya #madani #pecintaalam #fyp ♬ QKThr – Aphex Twin

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pengunjung Kutip Bunga Di Pentas Utama

Perkongsian tersebut membuatkan sesetengah netizen tertanya-tanya sama ada bunga itu boleh diambil atau sebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai berkata ianya tidak menjadi masalah memandangkan bunga-bunga hiasan yang sudah dicantas akan dibuang selepas sesebuah majlis berlangsung.

“Kebiasaannya untuk majlis macam ini, untuk sesetengah bunga memang mereka beli dan lepas guna akan buang je. Sebab bunga tak tahan lama. Bunga ni memang tanam untuk jadi hiasan buat masa yang singkat je,” ujar seorang wanita.

Selain mengelakkan pembaziran, segelintir individu berpendapat tindakan pengunjung yang membawa balik bunga dapat membantu petugas Perbandaran Putrajaya mengemaskan kawasan itu.

“Bukan curi tapi memudahkan kerja-kerja staf yang kemas selepas aktiviti perarakan Merdeka,” kata seorang pengguna TikTok.


Namun Pokok Bunga Dalam Polibeg Tak Boleh Diambil

Sementara itu, ada yang berkata pokok bunga di dalam polibeg atau pasu adalah disewa dan tidak boleh diambil oleh orang ramai.

“Yang saya tahu bunga dipotong je boleh ambil, yang dalam polibeg tu sewa. Kalau dicuri kesian pekerja-pekerja yang kena ganti balik,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@fru_kl)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bendera Malaysia Dikibarkan Di Chicago Ketika Hari Kebangsaan Buat Ramai Rasa Bangga


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles