Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Macam 3D!”– Lelaki Lukis 3 Bangunan Ikonik Di Malaysia Atas Samping Songket Curi Perhatian

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berbaki kurang dari sehari, rakyat Malaysia sekali lagi akan menyambut Hari Kebangsaan Malaysia! Bersempena dengan ulang tahun ke-67 ini, orang ramai telah menunjukkan semangat patriotik yang tidak putus melalui kreativiti mereka.

Seperti sebelum ini, influencer terkenal Che Sayang bersama adik-beradik kembar kreatif iaitu Amin dan Abid Othman telah tampil dengan kek bertemakan Merdeka.

Perkara yang mendapat perhatian ramai adalah kek bendera Jalur Gemilang itu dilengkapi dengan patung fondant Perdana Menteri Pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang boleh berpusing 360 darjah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pasangan Kembar Kreatif & Che Sayang Kitchen Hasilkan Kek Berpusing Tema Merdeka Bikin Ramai Kagum


Lelaki Lukis 3 Bangunan Bersejarah Di Malaysia Atas Samping

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@wisy_lukis) menyaksikan karya seni hebat dari seorang lelaki dikenali sebagai Wisy.

Khas bersempena Hari Kebangsaan Negara pada esok (31 Ogos), lelaki ini telah melukis tiga buah bangunan bersejarah di Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur serta bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka.

Lebih mencuri perhatian, Wisy bukannya melukis di pada canvas biasa, tetapi atas samping jenis songket yang kelihatan agak mewah.

Kebiasaannya, kita akan melakar terlebih dahulu objek yang akan diwarnakan namun Wisy yang memiliki tangan berseni itu dilihat terus mengecat bangunan-bangunan tersebut.

Sumber: TikTok (@wisy_lukis)

Bukan setakat melukis ala kadar, Wisy menggunakan kemahirannya untuk melukis setiap bucu bangunan secara terperinci dan mengecat dengan warna sebenar bangunan-bangunan itu.

Karya seni yang terbentuk atas songket berkenaan tidak dibiarkan begitu sahaja. Wisy telah memasukkan songket cantik berkenaan ke dalam sebuah bingkai gambar.

Dia kemudian mengambil gambar bingkai tersebut di hadapan bangunan Menara Berkembar Petronas. Memang style!

@wisy_lukis untuk sambutan kemerdekaan kalini, aku lukis bangunan-bangunan ikonik kat Malaysia atas sampin ni! 😁🇲🇾 Selamat Hari Merdeka semua! #merdeka #malaysia #art ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Lukis Elemen Kepelbagaian Budaya Di Malaysia Atas Songket Yang Lain

Dalam penghantaran seterusnya, Wisy sekali lagi menghasilkan sebuah lukisan bersempena dengan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Kali ini, dia menampikan elemen kepelbagaian budaya di Malaysia menggunakan kain songket yang lain pula. Antara objek yang dilukis adalah wau bulan, maskot tarian singa, congkak, roti canai, anyaman tikar, sate, nasi lemak dan banyak lagi.

@wisy_lukis Replying to @Secret K Shop ♬ 31 Ogos – Dato' Sudirman

Orang Ramai Kagum Lihat Karya Seni Tema Merdeka Yang Cantik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Wisy dengan hasil seni yang begitu cantik.

“Pertama kali terpegun dengan lukisan. Sebab kita ni tak berseni, tak reti nak nilai. Tapi kali ni ulang tengok banyak kali,” jelas seorang wanita.

Malah, ramai juga mengganggap Wisy mempunyai tangan berbakat walau di usia muda.

“Kreatifnya kamu. Syabas anak muda dengan bakat seni yang kamu ada,” ujar seorang pengguna TikTok.

Walaupun ramai mengganggap tindakan Wisy yang memotong songket adalah berbaloi dengan hasil lukisan berkenaan.

“Mula-mula (samping) tu kena gunting Allah mengucap saya, sayangnya. Tapi lepas dah tengok sampai habis terus zikir masya-Allah cantik,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@wisy_lukis)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles