Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

[Video] Group WhatsApp Kelas Anak Disalah Guna, Bapa Sifatkan Ia Hanya Bebanan Kepada Penjaga

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan penggunaan teknologi yang semakin canggih pada ketika ini, pelbagai masalah boleh diselesaikan dengan cara mudah. Sebagai contoh, pada waktu dulu, sebarang pengumuman atau notis penting yang perlu dimaklumkan kepada ibu bapa murid sekolah akan disampaikan menerusi surat.

Sekarang ini, ia adalah lebih senang apabila penjaga boleh mendapatkan info dengan pantas melalui telefon pintar iaitu WhatsApp group kelas yang ditubuhkan kebanyakan guru.

Pun begitu, penggunaan platform ini juga membawa kepada keburukan apabila fungsi sebenar disalah guna.


Segelintir Ibu Bapa Tak Tegas Tentang Perihal Sekolah Anak-anak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kool101my) menyaksikan penyampai radio Kool 101 Hazeman Huzir dan Hanif sedang menemu bual seorang lelaki dikenali sebagai Zul yang juga merupakan seorang bapa mengenai perihal anak-anak di sekolah.

Menurut lelaki tersebut, dia merupakan seorang bapa yang tegas atas faktor didikan cemerlang oleh bekas guru-gurunya terdahulu. Bagaimanapun, dia bersetuju bahawa bukan semua golongan ibu bapa bersikap sedemikian.

“Itu masalah yang saya nampak sekarang. Kadangkala dalam WhatsApp group sekolah anak-anak, saya nampak ibu bapa yang melebih-lebih (over). ‘Kerja sekolah anak saya ni tak siap lagi cikgu, macam mana?'” luah Zul.


Cikgu ‘Ganggu’ Ibu Bapa Pada Hujung Minggu

Hazeman yang lebih mesra dengan panggilan Haze berkata soalan tersebut tidak sepatutnya ditanyakan. Sebaliknya, ibu bapa anak tersebut hanya perlu meminta si kecil untuk menyiapkan tugasan diberi.

“Itu masalah sekarang. Gentle parenting pun ada juga. Kadangkala saya nampak segelintir cikgu suka bagi kerja rumah selepas waktu sekolah iaitu Sabtu dan Ahad menerusi telefon (WhatsApp group). Tak nafikanlah benda tu,” ujar bapa itu.


Group Kelas Adalah Satu Bebanan Buat Ibu Bapa

Mendengar permasalahan tersebut, Haze menyifatkan bahawa group WhatsApp di antara ibu bapa dan guru sekolah tidak sewajarnya ditubuhkan.

“WhatsApp group antara kelas dan mak bapak tak patut ada mansuh je terus sebab apa? Tiba-tiba cikgu beri homework, ibu bapa pun minta diskaun homework. Kita boleh je hidup dulu?” tanya Haze.

Zul dalam masa sama bersetuju dengan perkara diperjelaskan oleh Haze. Dia berkata bahawa segelintir guru menyalah gunakan kegunaan WhatsApp group kelas dengan memberikan tugasan di luar waktu persekolahan.

“WhatsApp group tu bagi saya membebankan bukan kata murid-murid, dia membebankan mak bapak juga,” ulas si bapa.

@kool101my Anda setuju ke kalau group Whatsapp sekolah anak-anak tu patut tak payah ada pun? Memang lah teknologi sekarang banyak bantu nak permudahkan urusan kita tapi kalau sampai susahkan banyak pihak tu kan memang tak patut lah @haiza Stream PM Kool101 di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PMKool101 #AjariAku #HazemanHuzir ♬ original sound – Kool 101

Ramai Anggap Ibu Bapa Salah Guna Kegunaan Group Kelas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai khususnya golongan ibu bapa bersetuju dengan pandangan diberikan oleh Zul dan juga Haze.

“Group tu sebenarnya untuk buat pengumuman je kepada ibu bapa. Tapi disalah guna. Ada sekali mesej dekat group ‘cikgu, anak saya dah sampai ke? Cikgu, saya lupa beri duit belanja, boleh bagi pinjam dekat anak saya tak’,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ada yang berkata mereka sendiri akan memantau anak untuk menyiapkan segala tugasan sekolah.

“Aku periksa sendiri kerja rumah anak. Anak tak siap kerja, aku yang bedal dia dulu. Tak sampai hati aku nak kacau cikgu. Cikgu pun ada kerja lain nak dilayan,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga beranggapan bahawa WhatsApp itu boleh ditubuhkan dengan syarat-syarat tertentu.

“Boleh ada WhatsApp group. Tapi tetapkan hanya admin boleh hantar mesej,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@kool101my)

Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles