Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 23 Ogos lalu, masyarakat digemparkan dengan kes tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India berhampiran bangunan Malayan Mansion.
Kejadian tanah mendap yang tidak dijangka itu menyebabkan seorang wanita warganegara India, Vijaya Lakshmi hilang selepas dia terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter.
Walaupun pelbagai cara dan inisiatif dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengesan mangsa, namun Vijaya masih belum ditemui. Hari ini (30 Ogos), merupakan hari ke-8 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terjerlus Di Masjid India: Suami Dedah Dengar Jeritan Isteri Sebelum Senyap
Ramai Peniaga Hentikan Operasi Bisnes Sekitar Jalan Masjid India
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@flyfm) menyaksikan dua penyampai radio popular Haniff dan Ean sedang melawat kawasan peniaga tempatan sekitar insiden tanah jerlus di Masjid India.
Dalam perkongsian tersebut, mereka telah menemu bual seorang lelaki yang sudah berniaga di sana sejak 1999. Menurut lelaki berkenaan, penjaja di sana sememangnya terkesan dengan kejadian berlaku.
Tambahnya, kebanyakan bisnes kawasan sama sudah dihentikan walaupun ada yang baru beroperasi selama 16 hari.
“Sangat-sangat sunyi (kawasan Jalan Masjid India), orang pun takut nak keluar,” kata seorang lagi lelaki.
Peniaga Akui Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Tanah Mendap
Kemeriahan pengunjung dikatakan tidak semeriah seperti sebelum ini, yang mana hanya dua ke tiga orang sahaja boleh dilihat berjalan-jalan di sana.
“Bagi saya ia adalah satu fobia. Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa. Ia boleh jadi saya atau sesiapa sebab kita jalan di kawasan situ.
“Ketika kami periksa kamera litar tertutup (CCTV), barulah kami sedar bahawa ia boleh terjadi kepada sesiapa di antara kita. Ia adalah nasib di mana hanya seorang sahaja yang jatuh,” kata seorang peniaga barangan preloved.
Di akhir perkongsian, Ean berkata bahawa sesetengah kedai yang berada betul-betul berdekatan dengan lokasi kejadian diarahkan tutup untuk faktor keselamatan.
Ean dalam masa berharap agar segala urusan peniaga yang lain dipermudahkan kerana ia mungkin merupakan sumber rezeki utama mereka.
@flyfm 6 days since an Indian tourist fell down a sinkhole nearby Masjid India, and authorities have yet to find her. We spoke to a few local businesses to find out whether the blockage had affected their livelihood. #EHFly ♬ original sound – Javier
Peniaga Alami Kerugian 50-70%
Memetik Berita Harian, peniaga sekitar Jalan Masjid India 50-70% dalam hasil jualan. Ada juga yang sanggup menghentikan operasi buat sementara waktu bagi mengelakkan kerugian lebih besar.
Menjelang waktu petang selepas kejadian berlaku, terdapat gangguan bekalan air yang berlarutan hingga Sabtu lalu menyebabkan perniagaan di sana terpaksa ditutup.
Keadaan bertambah buruk selepas terdapat pula tanah mendap lain dilaporkan berdekatan kawasan terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: Satu Lagi Tanah Mendap Di Masjid India, Berdekatan Lokasi Tanah Jerlus [Video]
Ramai Bersimpati Dengan Nasib Peniaga Yang Terkesan
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat bersimpati dengan nasib peniaga di sana kerana terpaksa menanggung kerugian yang banyak.
“Inilah perkara yang saya fikir. Apa nasib peniaga-peniaga dekat sekeliling tu. Ujian buat mereka semua,” kata seorang wanita.
Seorang individu mencadangkan agar para peniaga mencuba platform lain buat sementara waktu.
“Mungkin pihak terlibat boleh menyediakan tapak untuk dia orang menjual sementara kalau dia orang ada bayar permit atau sewa, atau platform atas talian (online). Kesian, nak sokong pun tak tahu macam mana. Bahaya pun ya tapi nak selamat kan?” ujar pengguna TikTok tersebut.
Selain itu, orang ramai juga tidak terlepas menitipkan doa buat mereka yang terkesan dengan perkara ini terutamanya keluarga mangsa tanah jerlus dan para peniaga.
“Ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka yang terlibat dalam misi pencarian ini dan juga kepada mereka yang berniaga sekitar tu,” jelas seorang lelaki.
Jalan Masjid India Belum Diisytihar Kawasan Tak Selamat
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan belum tiba masanya untuk mengisytiharkan Jalan Masjid India sebagai zon yang tidak selamat.
Ulas beliau, pihak polis perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengisytiharkan kejadian berkenaan sebagai bencana.
Dalam pada itu, Razarudin Husain turut mengesahkan laluan sepanjang 1.4 meter dari Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur telah ditutup susulan insiden mendapan tanah yang dikesan di kawasan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Belum Masanya Wartakan Jalan Masjid India Sebagai Zon Tidak Selamat, Kata Ketua Polis Negara
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram