Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Wanita Kongsi Cara Pengurusan Sampah Di Jepun, Ada 4 Kategori Wajib Diikut

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap tempat pasti ada caranya yang tersendiri dalam menguruskan aspek kehidupan harian masyarakatnya. Ini termasuk juga dalam hal pengurusan sampah.

Di rata-rata tempat di Malaysia, sampah bebas dibuang begitu sahaja tanpa diasingkan. Malah, bahan yang boleh dikitar semula tidak wajib dilakukan demikian dan boleh sahaja dibuang bersama sampah lain.

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi cara pengurusan sampah di Jepun amat ketat jika dibandingkan dengan di negara kita.


Wajib Asingkan Sampah Mengikut 4 Kategori

Seorang wanita, Norashikin Razak, berkongsi pengalamannya dalam menguruskan pembuangan sampah ketika menetap di Toyota City, Jepun dahulu. Baginya, itulah perkara yang paling melecehkan sewaktu menetap di negeri matahari terbit itu.

“Pengalaman betul bab buang sampah memang tegas. Masa mula-mula bina kehidupan di sana, nak buang sampah pun rasa berdebar,” katanya.

Berdasarkan perkongsiannya, sampah di sana WAJIB diasingkan berdasarkan empat kategori seperti berikut:

  • Sampah yang boleh dibakar seperti sisa makanan, berus gigi dan kasut lama. Kategori sampah ini akan dikutip setiap minggu.
  • Sampah besi termasuk peralatan elektrik dan payung yang akan dikutip setiap bulan.
  • Sampah yang boleh ditanam (landfill waste) seperti bekas kaca, lampu kaca yang telah pecah dan batu-bata. Kategori sampah ini dikutip setiap bulan pada hari Rabu.
  • Pakej dan bekas plastik termasuk penutup botol yang telah diasingkan. Seperti sampah biasa, kategori ini turup dikutip setiap minggu.

Malah terdapat juga beberapa jenis barangan yang tidak boleh dibuang seperti tayar, tong gas memasak dan mesin agrikultur.

Sumber: norashikinrazak_/ TikTok

Sampah Kitar Semula Perlu Dibersihkan & Diasingkan

Selain itu, sampah yang boleh dikitar semula pula perlu diletakkan di dalam tong khas dan tidak boleh dibuang. Namun berbeza seperti di Malaysia, banyak prosedur yang harus dilakukan.

Sebagai contoh, botol perlu dikosongkan dan dibersihkan, manakala penutupnya harus dibuka dan dibuang berdasarkan empat kategori tadi.

“Label plastik pada cawan mi segera pun kena tanggalkan. Penutup botol tak boleh buang sekali dengan botol, kena asingkan,” jelas Ashikin.

Info pembuangan sampah lebih lanjut di Toyota City boleh dilihat DI SINI.


Guna Plastik Khas Untuk Buang Sampah

Menurut Ashikin lagi, sampah perlu dibuang di dalam plastik khas. Sekiranya mereka menggunakan plastik biasa, sampah tersebut tidak akan dikutip sehinggalah ditukar ke plastik khas.

Dia berkata pernah mencuba membuang sampah menggunakan plastik biasa, namun satu notis diletakkan pada sampahnya yang telah diasingkan daripada longgokan lain.

“Beg sampah ini tidak berguna dan tidak akan dikutip. Pastikan anda menggunakan beg yang dikhaskan oleh Toyota City,” tertera pada notis tersebut.

Setiap kategori sampah mempunyai beg plastik khas tersendiri yang dibezakan menerusi warna tulisan pada plastik.


Salah Buang Sampah Boleh Disaman

Bagaimana jika ada sampah yang tidak diasingkan dengan betul sama ada secara sengaja ataupun tidak?

Ashikin berkata setiap unit di kawasan tersebut akan menerima notis berkenaan pembuangan sampah yang salah.

Tambahnya lagi, individu yang didapati salah boleh dikenakan saman. Namun dia tidak tahu bagaimana pesalah dapat dikenal pasti.

Malah terdapat jadual disediakan yang menetapkan hari pembuangan sampah. Kata Ashikin, jika terlepas tarikh yang ditetapkan, sampah harus disimpan di rumah sehingga tarikh seterusnya.

Sumber: norashikinrazak_/ TikTok

Tak Boleh Buat Bising Semasa Di Jepun

Dalam masa sama, Ashikin turut berkongsi dia menerima ‘notis’ daripada jiran di unit bawah agar tidak berlari dan membuat bising di rumah.

Melihat pada komen, ada yang berkata mereka telah dipesan agar tidak membuat bunyi bising selepas jam 8 malam sewaktu melancong ke Jepun.

Seorang individu pula menceritakan bagaimana dia tidak mendengar sebarang bunyi termasuk televisyen, kanak-kanak menjerit atau memasak di dapur sewaktu melalui satu kawasan perumahan di Jepun.

Ashikin juga berkata dia tidak pernah mendengar bunyi anjing menyalak walaupun kebanyakan penduduk di sana memelihara haiwan itu.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi 5 Perkara Yang Dianggap Biadap Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi Rutin Pekerja Di Jepun Pada Awal Pagi, Berdiri Secara Serentak & Bersenam

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Banyak Surau & Masjid, Lelaki Kongsi Tips Solat Ketika Bercuti Di Jepun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles