Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara yang asing dan ia sering berlaku atas pelbagai faktor.
Walaupun ia kadangkala terjadi disebabkan faktor luaran yang tidak dapat dielakkan sebagai contoh bencana, tetapi ia juga boleh berlaku akibat daripada kecuaian pemandu sendiri.
Contoh yang paling kerap dilakukan oleh segelintir pengguna jalan raya adalah menukar lorong secara tiba-tiba hingga menyebabkan mereka yang berada di laluan tersebut tidak sempat memperlahankan kenderaan.
Honda City Potong Lorong Secara Melulu Hingga Langgar Polis Tersembam
Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial menyaksikan kemalangan jalan raya melibatkan kereta jenis Honda City dan juga anggota polis trafik dipercayai sekitar Jalan Cheras.
Menerusi rakaman dashsam, kelihatan pemandu kereta Honda City berwarna kelabu itu secara melulu memandu ke arah lorong kiri untuk berhenti di perhentian bas.
Pancung terus pic.twitter.com/KLon24vH6P
— #UpdateInfo (@update11111) August 26, 2024
Akibat pemanduan yang tidak berhemah itu, polis trafik yang berada di lorong sama tidak sempat berhenti dan terlanggar bahagian but belakang kereta berkenaan.
Difahamkan, pemandu Honda tidak menyedari keberadaan polis trafik yang berada di belakangnya.
Impak rempuhan tersebut, polis trafik itu dan motosikalnya dilihat terbalik dan tersembam ke atas jalan raya.
Barangan peribadinya juga dilihat bersepah di tempat kejadian. Namun keadaan anggota polis trafik itu tidak dapat diketahui.
Pun begitu, penulis automotif terkenal Hezeri Samsuri ada berkongsi foto anggota polis berkenaan usai kemalangan berlaku. Beliau yang sedang duduk di kerusi perhentian bas dilihat dalam keadaan baik walaupun terdapat kesan koyakan yang kecil di bahagian lutut seluar.
Setakat ini tiada sebarang respon dari pihak berkuasa mengenai insiden tersebut.
Baru tengok ni dari geng Whatsapp. Video yg tgh viral.
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) August 26, 2024
Main cantas ni selalu sebab dia fikir dia kena berhenti kat tepi tu, tapi dia tak pernah terfikir ada kenderaan lain.
Pandai pandai la jawab ke polis tu dan semoga brader polis tu segera sembuh.
High time rider Polis dah… pic.twitter.com/jkXlCymuEt
Ramai Berang Dengan Tindakan Owner Honda Kerana ‘Pancung’ Secara Tiba-tiba
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna X berang dengan tindakan pemandu Honda berkenaan.
“Kira hebat sangat la tu. Menyusahkan orang lain betul. Pemandu puaka,” kata seorang wanita.
Ada segelintir yang berkata kejadian sebegitu sering berlaku di Jalan Cheras.
“Lengkok (laluan) ni memang banyak kereta main tukar lorong macam tu. Dah berapa banyak rider kena makan (langgar) sama macam abang polis trafik tu,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya agar perkara sama tidak lagi berulang.
“Tolong saman kaw-kaw orang macam ni. Selagi tak kena saman, selagi tu akan buat selalu,” jelas seorang warganet.
Baca Artikel Berkaitan: Lori Laju ‘Cucuk’ Di Lane Kereta Di Lebuh Raya Undang Kerisauan Orang Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puas Hati Lihat Myvi Cuba Potong Barisan Ditahan Polis
Baca Artikel Berkaitan: Seorang Maut & 9 Cedera Selepas Bas Persiaran Terbabas Di Lebuh Raya Pantai Timur 2
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram