Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang bergelar wanita hamil sudah tentu pelbagai cabaran dilalui oleh golongan ini sepanjang sembilan bulan menjaga kandungan.
Ramai di kalangan wanita hebat ini sudah tidak larat untuk melakukan rutin harian seperti biasa sebagai contoh mengemas rumah, bekerja, memasak, dan sebagainya. Kadangkala, nak berjalan pun sudah rasa mengah.
Pun begitu, ramai juga di antara mereka yang masih kuat dan sanggup bekerja dengan gigih bagi mencari rezeki.
Wanita Hamil Hampir Terjatuh Lepas Lutut Terseliuh
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan satu detik cemas melibatkan wanita yang sarat hamil dikenali sebagai Mizah Hamzah.
Difahamkan Mizah kini sudah mencecah 37 minggu bersamaan dengan lebih 8 bulan tempoh kehamilan.
Menerusi sebuah klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan Mizah yang bekerja di sebuah kedai makan sedang menuju ke arah meja pelanggan yang kosong sambil memegang kain lap.
Namun secara tiba-tiba Mizah yang berpusing ke arah belakang dilihat hampir terjatuh hingga lututnya terseliuh dipercayai akibat tidak dapat mengimbangkan badan dengan baik.
“Tersalah pusing. Lutut terseliuh. Allah suruh rehat dah,” kata Mizah.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga kelihatan terkejut dengan situasi yang berlaku secara tiba-tiba itu sebelum seorang daripada mereka segera menghampirinya.
Mizah yang dalam kesakitan kemudiannya dihampiri oleh seorang lagi wanita dipercayai pekerja di kedai yang sama.
“Kalau tak pegang kerusi atau tak ada meja belakang tu mesti dah jatuh dekat lantai. Menangis dia punya sakit lutut terseliuh. Terus tak boleh jalan dan bengkak,” tambah wanita tersebut di video berkenaan.
@mizahhamzah Kalau tak pegang kerusi atau takde meja belakang tu mesti dah jatuh dkt lantai Semoga baik baik je untuk mommy & anak dalam perut #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – Mizahhamzah store
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Mizah Hampir Jatuh
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna TikTok berasa bimbang dengan keadaan Mizah yang bekerja memandangkan dia sudah sarat mengandung.
“Kak duduk kak. Saya yang baru berapa minggu ni pun dah rasa sakit amat,” ujar seorang ibu hamil.
Malah, ramai juga wanita yang berkongsi pengalaman mereka mengalami perkara lebih kurang sama sebelum ini.
“Yang pernah rasa je yang tahu. Allahuakbar. Saya dah pernah kena tapi dekat rumah. Mujur anak-anak dengan suami ada di depan mata,” jelas seorang individu.
Sementara itu, rata-rata orang ramai berasa kagum dengan Mizah kerana gigih berusaha mencari rezeki walaupun dalam keadaan begitu. Tidak kurang juga segelintir yang boleh memahami tindakan wanita itu terus bekerja walaupun dalam keadaan sebegitu.
“Hebatnya kak. Rajin sangat-sangat. Hidup ni keras,” kata seorang wanita.
“Saya mengandung 39 minggu selagi tak bersalin terus bekerja atas niat nak mudahkan proses melahirkan nanti,” ujar seorang lagi wanita.
Kepada semua ibu hamil di luar sana, hati-hati ya! Jangan lakukan sesuatu kerja sampai memudaratkan diri sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: “Awak Ibu Yang Kuat” – Kisah Wanita Jatuh Perigi Ketika Sarat Hamil Raih Perhatian Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram