Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Rasa Tertipu”– Wanita Dakwa Order Nasi Lemak Ayam Tempura Tapi Yang Sampai Patty Burger

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila mengunjungi kedai makan, sudah tentu anda menjangkakan makanan dan minuman lazat serta servis perkhidmatan yang baik.

Pun begitu, pengalaman di berada di sesebuah restoran adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang berselera dan menikmati pesanan mereka, tetapi ada juga yang kurang berpuas hati dengan makanan yang diterima.

Sebagai contoh ramai juga yang pernah mengadu harga makanan adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan saiz hidangan.

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]


Wanita Kecewa Makanan Diterima Tak Sama Seperti Yang Dipesan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@senpaifa_) apabila seorang wanita dikenali sebagai Aifa meluahkan rasa kurang senang selepas menerima pesanan makanannya dari sebuah restoran.

Menurutnya, dia telah memesan hidangan Nasi Lemak dengan Ayam Tempura yang berharga RM13.90. Namun lain pula yang diterima iaitu Nasi Lemak bersama patty ayam burger bersaiz kecil.

Kebiasaannya ayam tempura adalah ayam goreng yang disalut dengan adunan tepung tempura yang membuatkan lauk itu rangup.

“Ni burger ayam. Kepala hok mu ayam tempura,” kata Aifa dengan nada berang.

Dakwa Aifa, hidangan tersebut adalah tidak sama seperti gambar menu yang dipaparkan kepada para pelanggan.

“Dekat menu nampak macam bahagian dada ayam. Tertipu rupanya,” dakwa pelanggan tersebut.

Sumber: TikTok

Selain itu, Aifa turut mengadu keropok yang disertakan sekali bersama Nasi Lemak itu juga sudah masuk angin.

Tambah wanita tersebut, itu merupakan kali pertama dan terakhir dia akan mengunjungi restoran berkenaan.

Sumber: TikTok

Carian kami di aplikasi penghantaran makanan foodpanda mendapati visual pada iklan makanan tersebut jelas sama dengan apa yang diterima oleh gadis berkenaan. Namun, kami tidak dapat mengesahkan adakah makanan di dalam gambar tersebut adalah patty ayam seperti apa yang didakwanya atau sememangnya ayam tempura.

Kami juga sudah cuba menghubungi pihak kafe bagi mendapat maklumat lanjut berhubung dakwaan ini.

Sumber: foodpanda

Ramai Setuju Pesanan Diterima Bukan Ayam Tempura

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna TikTok bersetuju bahawa hidangan yang diterima oleh Aifa bukanlah ayam tempura seperti yang dikatakan.

Malah, ada juga pelanggan yang mendakwa pernah ‘terkena’ sebelum ini.

“Ya Allah. Sumpah saya makan lepas tu pergi kaunter marah,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga berkata jumlah harga Nasi Lemak dengan Ayam Tempura adalah mahal.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles