Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Jangan Raikan Mereka”– Individu Tegur Makin Ramai Influencer Lelaki Makeup Seperti Wanita

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, manusia secara lumrahnya terbahagi kepada dua jantina sahaja. Namun kini muncul pula golongan berkecuali yang mahu tampil berbeza seperti golongan lesbian, gay, biseksual dan trasgender (LGBT).

Buat mereka yang beragama Islam, anda pasti tahu bahawa ia adalah dilarang dan haram dilakukan. Menurut bekas Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tindakan itu adalah jelas songsang dan menyimpang dari fitrah manusia.

Pun begitu, semakin ramai di kalangan Muslim di Malaysia yang dilihat menghampiri ke arah berkenaan.


Semakin Ramai Influencer Lelaki Makeup & Berpakaian Seperti Wanita

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@muiznazmii) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Muiz menegur segelintir influencer yang semakin berani bersolek menyerupai golongan wanita.

Hal ini dikaitkan dengan sebuah majlis anugerah yang baru sahaja diadakan tidak lama sebelum ini.

“Aku perasan lelaki ni yang semakin (banyak) mekap dan berpakaian makin nampak macam perempuan. Yang kedua aku perasan influencer yang pond*n ni semakin lama semakin ramai.

“Aku boleh kata setiap hari aku scroll (media sosial) aku nampak yang baru. Adakah kita ni semakin menerima golongan macam ni? Kenapa dia orang ni makin diterima (masyarakat) dan mereka rasa okay untuk keluar macam tu?” tanya Muiz.

Jelas Muiz, golongan sebegitu sering dipulaukan oleh orang ramai sewaktu berada di alam persekolahan. Namun, Muiz menegaskan bahawa dia bukannya menggalakkan kelompok tersebut supaya dibuli, sebaliknya hanya untuk tidak diraikan.

“Aku ajak korang untuk tidak raikan dia orang ni. Kalau mereka keluar atau buat konten macam ni jangan raikan. Jangan engage, jangan komen, jangan like, jangan follow,” ujar Muiz.


Bukan Semua Lelaki Lembut Bersifat ‘Bapuk’

Tambah lelaki berkenaan, ramai sahaja lelaki bersifat lembut di luar sana tetapi tidak sampai tahap yang boleh digelar sebagai ‘bapuk’ iaitu terlalu menyerlahkan sisi keperempuanan.

“Kalau dia lembut, dia lembut je. Tak ada dia nak pakai baju macam perempuan. Tolonglah lepas ni kalau ada sesiapa yang nak menganjur event tolonglah keluarkan garis panduan tentang pemakaian setiap jantina.

“Aku bukan cakap benda pelik, aku cakap benda normal ni sebenarnya. Tetapi kenapa aku rasa macam aku cakap benda pelik?

“Kalau ada mana-mana pihak berwajib yang tangani isu ini, tolonglah ambil alih. Perkara ni makin serius. LGBT ni percayalah cakap aku, jangan la bagi dia ruang sikit pun untuk masuk.

“Korang tengok contoh negara dekat barat, apa yang jadi dekat dia orang? Hancur, dia orang punya kadar kesihatan seksual teruk. Masalah lain pun makin teruk. Apa nak jadilah Malaysia ni,” ujar Muiz lagi.

@muiznazmii

Aku ke sebenarnya pelik? Memang tak normal kan benda ni?

♬ Music Islami – R22 Music

Ramai Setuju Segelintir Lelaki Semakin Berani Menyerupai Perempuan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat bersetuju dengan pandangan Muiz. Ada yang berkata ramai di kalangan pengguna media sosial turut mempertahankan para lelaki yang menyerupai wanita.

“Ramai yang galakkan dan back up geng LGBT,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah, ada juga yang menjelaskan bahawa ideologi golongan ini semakin meresap masuk dalam komuniti Islam.

“Betul bang. Kita tak sedar LGBT ni masuk secara perlahan dalam pemikiran kita. Sebab mengangkat influencer jadi idola,” jelas seorang individu.

Sementara itu, ada juga yang berkata orang ramai tidak boleh menegakkan benang yang basah.

“Semakin berani tampilkan diri puak-puak ni. Bila ditegur kata tu watak dalam media sosial je. Apa pun alasan, haram tetap haram menyerupai jantina lain,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@muiznazmii)

Islam Larang Lelaki Menyerupai Wanita

Memetik hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian dan barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk kaum Hawa. 

Foto: Lelaki pakain pakaian wanita. Sumber: Pexels

Wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti kaum Adam.

Daripada Abu Qatadah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

“Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.”

[Riwayat Abu Daud (4098)]

Sekitar Mei 2023, Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan satu jawatankuasa untuk menangani isu LGBT di Malaysia telah dibentuk.

Fungsinya adalah untuk menjalankan pelbagai inisiatif dan penguatkuasaan termasuk pendidikan, penyelidikan, dakwah, pencegahan, advokasi dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Johor Tubuh Pusat Pemulihan Golongan LGBT Pertama Di Malaysia, Bakal Lancar Pada Julai 2024

Baca Artikel Berkaitan: Jam Tangan Swatch ‘Pride Collection’ Ada Perkataan ‘LGBTQ’ Di Permukaan Jarum – Saifuddin Nasution

Baca Artikel Berkaitan: “Itu Trend Sekarang” – Cikgu Terkejut Budak Perempuan 11 Tahun Tulis ‘LGBTQ+’ Dalam Lukisan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles