Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, juadah nasi lemak merupakan antara menu kegemaran semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Ia bukan sahaja diambil untuk sarapan pagi malah ramai juga yang menikmatinya sebagai makan tengahari dan juga makan malam.
Antara lauk sampingan yang sering dijual bersama nasi lemak adalah seperti daging rendang, ayam berempah, sambal sotong, sambal kerang dan banyak lagi.
Namun tidak mustahil jika makanan itu disediakan bersama lauk yang lain termasuk makanan yang tidak halal.
Restoran Di Petaling Jaya Perkenal Juadah Guna Daging Babi
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Instagram (@eatwithst3ph) menyaksikan juadah yang banyak dijual di sebuah restoran dikenali sebagai Pumbaa’s sekitar Petaling Jaya.
Tidak seperti makanan harian ‘typical’ yang lain, kedai makan ini menyediakan beberapa hidangan yang dilengkapi dengan daging babi seperti Nasi Kandar Babi, Roti Bacon Cheese, Murtabak Babi dan juga termasuklah Nasi Lemak Babi.
Ada Yang Dakwa Hidangan Dengan Daging Babi Tak Hormat Muslim?
Pun begitu, ramai di kalangan pengguna Instagram yang kurang senang dengan idea menu yang dimasak sekali dengan daging babi. Ada warganet berkata ia seolah-olah tidak menghormati individu dipercayai umat beragama Islam.
Selain itu, ada juga yang mendakwa Nasi Lemak Babi ‘merosakkan’ makanan tradisi rakyat Malaysia.
Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian ramai selepas influencer Imran Bard memuat naik hantaran itu di laman X (Twitter).
“Korang semua biarlah orang bukan Muslim nikmati nasi lemak dengan cara mereka,” katanya.
Yall let the non muslim enjoy nasi lemak with their own way pic.twitter.com/Mja5RWNbgj
— Imran Bard (@imemerang) August 12, 2024
Nasi Lemak Adalah Makanan Neutral, Tidak Ditetapkan Halal Atau Haram
Menjengah ke ruangan balas, ramai beranggapan hidangan Nasi Lemak Babi bukan satu kesalahan.
“Tak nampak apa-apa yang salah pun? Biarlah non-muslim nak makan apa yang dia orang nak. Kita bukannya target market mereka. Kunafa yang berasal dari Palestin, sampai ada letak topping bagai tak dikira disrespect pula,” jelas seorang lelaki.
Malah ada yang berpendapat nasi lemak pada asalnya tidak pernah ditetapkan sebagai satu makanan halal.
“Nasi lemak tak pernah dianggap halal atau haram. Ia adalah makanan yang neutral. Nak nikmati versi halal? Boleh, makan saja nasi lemak biasa. Versi haram? Cuma perlu tambah babi berbanding dengan ayam,” ujar seorang pengguna X.
Sementara itu, ramai juga beranggapan terdapat banyak lagi makanan yang asalnya untuk non-muslim tetapi diubah suai agar umat Islam juga boleh menikmatinya.
“Kuetiau, dimsum, siew mai yang asalnya dari China inti babi pun korang ubah suai guna ayam bagi halal. Takde pula orang Cina menggelupur. Sekali buat nasi lemak babi automatik dicop rasis,” kata seorang individu.
Kedai Sama Pernah Tular Dengan Nasi Kandar Berlauk Babi
Harus diingatkan ini bukan kali pertama kedai berkenaan tular. Sebelum ini, kecoh mengenai Nasi Kandar Babi yang dijualnya.
Namun, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor kemudiannya menegaskan orang bukan Islam bebas menjual makanan tidak halal seperti nasi berlauk daging babi.
Ini kerana orang bukan Muslim tidak terikat dengan sebarang hukum seperti orang yang beragama Islam.
Baca Artikel Berkaitan: Non-Muslim Bebas Jual Nasi Kandar Lauk Babi Kepada Orang Bukan Islam – Mufti Pulau Pinang
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Nak Kelirukan Siapa-Siapa” – Peniaga Nasi Kandar Lauk Babi Beri Penjelasan Sebenar
Baca Artikel Berkaitan: Mualaf Kongsi Jawapan Terbaik Jika Disoal Tentang Pengharaman Daging Khinzir Dalam Islam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram