Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Bila Kau Naik Tangga, Tapi Kawan Naik Lif”– Gelagat Nenek Sakat Rakan Cuit Hati Ramai

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Secara umumnya, kita mengetahui segelintir golongan tua atau warga emas mengalami kemerosotan keupayaan fizikal jika dibandingkan dengan orang yang lebih muda.

Ada di kalangan nenek serta atuk terpaksa mengharapkan bantuan individu lain untuk bergerak atau melakukan sesuatu perkara. Ada juga yang menggunakan tongkat atau kerusi roda dalam rutin hariannya.

Pun begitu, ramai juga yang masih sihat ‘walafiat’ walaupun umur sudah mencecah melebihi 70 tahun.


Nenek Sakat Rakan Lain Yang Guna Lif Untuk Melepasi Tangga

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kcrayme) menyaksikan satu situasi mencuit hati di The Jerai Hotel, Alor Setar sekitar Kedah.

Menerusi video perkongsian, seorang nenek dengan tongkatnya dilihat sudah sampai di tingkat atas tangga sebelum menuju masuk ke pintu masuk hotel.

Manakala dua wanita warga emas yang lain dilihat menggunakan fasiliti lif yang disediakan oleh pihak hotel bagi menaiki tangga berkenaan. Kedua-dua nenek tersebut dipercayai tidak larat untuk menaiki tangga itu.

Namun perkara yang menjadi tumpuan ramai apabila nenek yang bertongkat ‘membahan’ selain ketawa sekuat hati melihat dua rakannya itu menggunakan lif yang bergerak lambat.

Menurut pemilik video di ruangan komen, lif tersebut mengambil masa 15 minit untuk sampai ke atas.

Gurau rakan sebaya. Mesti nakal masa muda-muda. Makcik tu naik tangga, ‘menganjing’ (bergurau tengok) kawan dia naik lif.

Pemilik video.

Bukan main lagi ya nenek sakat rakan-rakannya itu, siap membongkokkan badan lagi nak buat mereka ‘cemburu’.

@kcrayme gurau rakan sebaya… mesti nakal masa muda muda… makcik tu naik tangga… menganjing kawan dia naik lift… hahahaaa… #producer #kcrayme #geng #tiktok #anakberanak #AndFriends #rezekiAllahyangbagi #yanganehaneh ♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Nenek Guna Stetoskop Untuk Berbual Cuit Hati Netizen


Orang Ramai Terhibur Lihat Ragam Nenek Yang Menyakat Rakan-rakannya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat si nenek yang mesra bergurau dengan rakannya.

“Ini masa muda mesti makcik paling kelakar,” kata seorang lelaki.

Malah ada individu yang berkata dirinya akan mempunyai sikap yang sama apabila sudah meningkat dewasa.

“Macam bayangan aku dah tua nanti. Sebab aku kuat membahan (sakat orang),” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga kagum melihat kecergasan si nenek walaupun sudah lanjut usia.

“Makcik ni bukan pakai filter (sunting video) kan? Cerdas sangat tok ni,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@kcrayme)

Baca Artikel Berkaitan: “Senang Betul Cari Kawan” – Lelaki Ini Selamba Join Sekumpulan Nenek Lepak Depan Rumah

Baca Artikel Berkaitan: “Keluarga Periuk Nasi” – Gelagat Nenek Simpan Koleksi Ikut Saiz Buat Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles