Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

[Video] Gelagat Jemaah Surau Guna Google Translate Untuk Berkomunikasi Buat Netizen Terhibur

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia ini ada ribuan bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Di Malaysia, antara bahasa yang sering digunakan adalah seperti bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Mandarin dan sebagainya.

Kalau korang suka tengok K-Drama atau kartun anime, mungkin akan sedikit fasih dengan bahasa Korea atau Jepun.


Jemaah Surau Berkomunikasi Guna Google Translate

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@faiwanyusof), beberapa orang jemaah lelaki yang dipercayai berada di sebuah surau dilihat sedang cuba untuk berkenalan antara satu sama lain.

Tetapi masalah yang menjadi penghalang adalah perbezaan bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi.

Namun, seorang pak cik berbaju hijau kelihatan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut menggunakan aplikasi terjemahan menggunakan suara di Google Translate.

Sumber: TikTok (@faiwanyusof)

Pada awalnya, pak cik berkenaan menggunakan bahasa Melayu dialek Terengganu. Namun seorang rakannya yang berbaju putih menegur pak cik itu agar menggunakan bahasa Melayu baku supaya lebih mudah untuk diterjemah.

Tidak lama selepas itu, seorang lagi jemaah dipercayai warganegara Bangladesh pula cuba untuk membalas pertanyaan tentang umurnya menggunakan teknologi berkenaan.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 533,600 setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@faizwanyusof/video/7367647042807532818

Netizen Terhibur Lihat Gelagat 2 Jemaah Mahu Berkomunikasi Guna Google Translate

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur melihat gelagat dua orang jemaah berkenaan yang berusaha untuk berkomunikasi walaupun terdapat halangan dari segi bahasa.

Malah, ada sesetengah netizen yang mendakwa situasi seperti ini menjadi punca bapa mereka kerap pulang lewat daripada surau atau masjid selepas selesai melaksanakan solat fardu secara berjemaah di sana.

“Mana bapa dia yang selalu lambat balik dari masjid tu, dah tahu dah kenapa,” kata netizen.

Sementara itu, seorang netizen pula memuji keramahan jemaah terbabit kerana peramah dan terbuka untuk bergaul dengan warga asing.

Sumber: TikTok @faizwanyusof

Zaman sekarang ini terdapat pelbagai teknologi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah seperti mana yang berlaku kepada dua orang jemaah di dalam video berkenaan.

Kalau nak lagi senang, boleh juga korang belajar beberapa perkataan asas dalam sesebuah bahasa. Mana tahu akan berguna suatu hari nanti kan?

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Bertutur 11 Bahasa, Tukang Sapu Dari Malaysia Bikin Ramai Terpegun

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ada Bahasa Jepun Pada Papan Tanda Dalam KL Sentral? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles