Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Demi Cantik Semua Sanggup”– Peniaga Dedah Pelanggan Curi Barang Kosmetik

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes kecurian sering didengari berlaku di merata-rata tidak kira di mana pun anda berada. Kadangkala, ada juga yang membuat perkara tersebut di tempat suci iaitu tempat beribadah para Muslim.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki telah kantoi dengan jemaah surau selepas berlakon sebagai seorang wanita yang memakai telekung bagi mencuri sebuah telefon bimbit.

Pihak pengurusan surau dikatakan terkejut selepas mendapati ‘wanita’ yang duduk di bahagian saf perempuan itu mengeluarkan suara jantan ketika mendengus marah.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Lelaki ‘Berlakon’ Jadi Perempuan Dalam Surau. Rupanya Pencuri!


Pelanggan Curi Barangan Kosmetik Berjumlah Ribuan Ringgit

Kebiasaannya, pencuri hanya akan menyasarkan atau dua barangan sahaja, namun lain pula kali ini.

Tular satu hantaran di laman TikTok (@zilabeautyshop) apabila pengasas kedai kosmetik Zila Beauty Shop dikenali sebagai Haliza Ramly mendedahkan perbuatan keji seorang wanita yang sering berkunjung ke sana.

Menerusi video perkongsian, terdapat banyak plastik berisi barangan kosmetik yang telah dicuri diletakkan atas sebuah kereta. Difahamkan kesemua barangan dicuri oleh wanita tersebut berjumlah mencecah ribuan ringgit.

Sumber: TikTok (@zilabeautyshop)

Terdapat juga barang kosmetik yang disorokkan dalam celah-celah tempat duduk kereta si pelaku. Menurut Haliza, pelanggan wanita itu mencuri barangan di kedainya hampir setiap hari dengan menggunakan taktik yang sama.

“Dia datang hari-hari, dia cuma beli satu atau dua item je yang harga murah tapi duduk dalam kedai lama,” kata Haliza di ruangan komen.


Haliza Minta Orang Ramai Jadikan Pengajaran

Dalam klip yang sama, si pelaku dilihat menundukkan wajahnya dipercayai menyesal dengan perbuatannya.

“Jadikan pengajaran, sebelum buat fikir panjang dulu. Kalau dah kantoi memang menyesal seumur hidup!

“Saya tahu masih ada lagi tangan panjang di kedai saya, tunggu masa kantoi. Jangan ingat saya tak nampak, banyak CCTV (kamera litar tertutup) memerhati,” ujar Haliza di ruangan kapsyen.


Pengasas Zila Beauty Shop Lapor Kes Curi Pada Polis

Tambah Haliza, wanita itu telah menjual semula barangan yang dicuri melalui platform atas talian.

Untuk tindakan lanjut, pengasas kedai kosmetik berkenaan telah melaporkan kes tersebut pada polis dan meminta si pelaku untuk membayar balik ganti rugi dua kali ganda daripada jumlah keseluruhan barangan yang dicuri.

Sumber: TikTok (@zilabeautyshop)

Ramai Berang Dengan Sikap Wanita Yang Jadikan Mencuri Sebagai Satu Tabiat

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat tidak sangka wanita tersebut telah mencuri barangan kosmetik sebegitu banyak.

“Wow banyak (barang) kena ambil (curi). 14 jenis barang ya. Ada dua ke tiga pieces. Takpelah sekurang-kurangnya bagi pengajaran,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga beranggapan mencuri dengan niat mahu mencantikkan diri adalah sesuatu perkara yang tidak patut berlaku.

“Malu jadi seorang perempuan kerana nak cantik sanggup mencuri. Kerjalah awak cari duit nak cantikkan diri. Jangan panjang tangan,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada individu yang berpendapat perbuatan mencuri jika sudah menjadi tabiat akan membuatkan seseorang itu ‘ketagih’ untuk melakukannya setiap hari.

“Bila dah jadi habit, maka hari-hari nak curi. Lain kali tak mampu jangan melawat (datang kedai). Agaknya kereta dia pakai tu kalau boleh curi, dia curi dah kot. Nasib besar je. Macam-macam hal orang sekarang ni,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@zilabeautyshop)

Baca Artikel Berkaitan: Kantoi Curi Tabung Masjid, Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Oleh Jemaah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pura-Pura Nak Beli, Rupanya Mencuri! Pemuda Larikan Rantai Emas Bernilai RM23,000 [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles