Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap orang seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.
Namun dalam pada kita berjaga-jaga, ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab enggan mematuhi peraturan hingga menyusahkan pengguna lain.
Apa yang lebih teruk adalah perbuatannya itu boleh mendatangkan bahaya contohnya seperti kemalangan yang berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri.
Kereta Tanpa Tayar Seret Motosikal Sejauh 500 Meter
Semalam (1 Ogos), tular di media sosial satu video yang menunjukkan sebuah kereta menyeret sebuah motosikal.
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna di akaun Facebook @FarulAradiaq, kelihatan kereta jenis Honda CRV berwarna hitam menyeret sebuah motosikal yang tidak diketahui jenisnya dalam kejadian dipercayai berlaku di simpang Taman Velox, Rawang, Selangor.
Apa yang menjadi perhatian adalah kereta berkenaan menyeret motosikal terbabit dengan laju dipercayai sejauh 500 meter walaupun tayar di bahagian sebelah kanannya telah tercabut.
Pengguna Jalan Raya Cuba Hentikan Kereta CRV
Melalui video yang berdurasi 18 saat itu, kelihatan beberapa pengguna jalan raya yang lain seperti sebuah kereta Perodua Bezza dan beberapa penunggang motosikal cuba menghentikan pemandu CRV itu dengan membunyikan hon dan mengejarnya.
Namun, usaha mereka gagal apabila pemandu CRV itu terus mengheret motosikal berkenaan dengan laju hingga keluar percikan api.
Pemandu CRV Dipercayai Mabuk, Penunggang Motosikal Sempat Selamatkan Diri
Difahamkan, pemandu CRV itu dipercayai sedang berada dalam keadaan mabuk dan penunggang motosikal yang merupakan penghantar makanan sempat menyelamatkan diri.
“Kejadian ngeri malam tadi. Simpang Taman Velox, Rawang. Allahuakbar. Pemandu difahamkan mabuk, rempuh penunggang motosikal.
“Nasib baik budak motosikal itu sempat terjun. Kalau tengok, tayar pun dah tak ada kereta tu,” tulis pemilik video berkenaan.
Kejadian ngeri malam tadi. Simpang Taman Velox, Rawang…Allahuakabar …pemandu mabuk rempuh penunggang motor,nasib baik budak motor tu sempat terjun..tayar pon dah takda kereta tu.. kredit: Han Amin DIKEMASKINI: SELAMBA BAWA LAJU, SERET MOTOSIKAL SEJAUH 500 METER 01/08/2024 PETALING JAYA – Tular di media sosial video memaparkan pemandu kereta jenis Honda CRV memandu laju dan melulu serta menyeret sebuah motosikal dalam satu kejadian di simpang Taman Velox, Rawang malam tadi. Menerusi video berdurasi 18 saat yang dimuat naik pengguna Han Amin, kelihatan kenderaan itu memecut laju kira-kira sejauh 500 meter walaupun tayar di sebelah kanannya sudah tercabut. Meskipun beberapa kenderaan lain cuba untuk memberhentikan Honda CRV tersebut, namun pemandu itu tidak berhenti malah selamba menyeret motosikal itu sehingga terkeluar percikan api. “Kejadian ngeri malam tadi. Simpan Taman Velox, Rawang. Allahuakbar. Pemandu difahamkan mabuk, rempuh penunggang motosikal. “Nasib baik budak motosikal itu sempat terjun. Kalau tengok, tayar pun dah tak ada kereta tu,” tulis pemuat naik video itu. Difahamkan, pemilik motosikal itu yang merupakan penghantar barangan terselamat kerana sempat terjun ke atas jalan raya. Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan segera sekiranya benar pemandu tersebut berada dalam khayal. “Allahuakbar sebaik pemilik motosikal tu sempat terjun. Kalau tak, tak tahulah apa jadi,” kata Norhanim. “Harap pihak berkuasa bertindak segera jika benar mabuk. Membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” kata Hanif pula. – KOSMO! ONLINE
Posted by Farul Aradiaq on Wednesday 31 July 2024
Pengguna Media Sosial Berang, Mahu Hukuman Berat Dikenakan Terhadap Pemandu Mabuk
Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial berang dan mengecam tindakan pemandu CRV berkenaan.
Malah, kebanyakan daripada mereka memohon agar pemandu berkenaan dikenakan hukuman yang berat oleh pihak berkuasa akibat perbuatannya yang menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.
Tidak kurang juga ada yang risau dengan keadaan pemilik motosikal terbabit setelah melihat insiden ngeri itu.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Mohon Pihak Berwajib, PDRM Kenakan Tindakan Yang Berat Ke Atas Pemandu Tersebut & Gantung Lesen Memandu”
“Walaupun Tak De Kematian, Pemandu Ini Patut Disumbat Dalam Penjara Atas Kesalahan Tak Berakalnya”
“Pemandu Mabuk Ni Kalau Dapat Pijak Berjemaah Okay Juga”
Baca Artikel Berkaitan: Rempuh 3 Kereta Di IOI City Mall, Pemandu Disyaki Mabuk Kini Ditahan Oleh Pihak Polis
Baca Artikel Berkaitan: Suami Isteri Maut Di Melaka Dipercayai Dirempuh Oleh Pemandu Myvi Mabuk
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.