Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Platform utama untuk video pendek peranti mudah alih iaitu TikTok kini kembali dengan acara TikTok Awards Malaysia 2024 buat tahun kedua dengan tema ‘Realisasikan Impianmu’.
Pada tahun lalu ketika ia pertama kali diadakan, Khairul Aming telah diumum sebagai pemenang bagi ‘Creator of The Year’ yang merupakan kategori anugerah tertinggi dalam majlis tersebut.
Susulan kemenangan itu, Khairul Aming kemudiannya dipilih sebagai salah seorang juri bersama Pengurus Besar Operasi TikTok, Asia Tenggara iaitu Angga Anugerah Putra serta Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Puan Nini Yusof bagi mengadili permarkahan TikTok Awards Malaysia 2024.
Baca Artikel Berkaitan: TikTok Awards Malaysia 2024 Buat Kali Ke-2, Kali Ini Tampil Dengan Anugerah Baharu
Khairul Aming Mahu Buat Yang Terbaik Dalam Menggalas Tanggungjawab Sebagai Juri
Memetik laporan Harian Metro, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman yang berusia 32 tahun ini tidak menyangka pengalamannya sepanjang sembilan tahun dalam industri content creator kini mampu digunakan untuk membantu pencipta kandungan yang baharu.
Selain teruja melihat rakan-rakan seperjuangan tercalon dalam anugerah tersebut, Khairul Aming tetap akan mengamalkan sikap profesional tanpa memilih kasih serta berlaku adil sebagai juri.
Sebenarnya, terkejut juga sebab saya ingatkan tak ada wakil ‘content creator’. Alhamdulillah, ada juga wakil. Jadi, memang saya teruja. Kawan-kawan sendiri pun ada yang tercalon, tapi saya kena bersikap profesional. Tak boleh ada pilih kasih.
Khairul Aming.
Jelasnya, antara ciri-ciri yang dicari dalam setiap calon adalah bagaimana mereka memberi impak kepada masyarakat dan bukanlah berdasarkan populariti semata-mata.
“Kriteria paling utama yang saya akan lihat adalah bagaimana mereka menonjol dalam kalangan calon-calon. Tak mahulah popular semata-mata. Tapi, biarlah ada impak kepada masyarakat. Itu paling utama,” katanya.
Khairul Aming Mahu Cuba Perkara Baharu
Oleh kerana sudah semakin ramai pencipta kandungan yang turut berkongsi resepi masakan, Khairul Aming melihat perkembangan tersebut sebagai satu langkah untuk dirinya mencuba perkara berbeza.
Antara kelainan yang cuba ditampilkan adalah dengan memulakan program bersiri miliknya sendiri yang dirakam sendiri di New Zealand.
Saya sekarang fokus kepada program bersiri saya sendiri yang mana nak lebih ke arah kandungan yang berdurasi lebih panjang. Sebelum ini, dah beberapa tahun saya tumpukan kepada kandungan pendek.
Khairul Aming.
Katanya lagi, antara cabaran bagi program terbaharunya yang dimuat naik di laman TikTok itu adalah dia perlu mengeluarkan dana sendiri dan menguruskan segala-galanya bersama dua orang rakan.
Kos untuk perjalanan ke New Zealand bagi menjayakan program ini, rasanya lebih RM80,000. Tapi, apa yang boleh saya kongsikan, kami bertiga pergi ke sana memang ‘Rambo’. Tak ada penata gaya rambut, tak ada jurusolek, semua tak ada dan buat sendiri. Semuanya dana sendiri.
Khairul Aming.
Program bersiri itu akan ditayangkan sebanyak sembilan episod dan disiarkan untuk tempoh seminggu sekali.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Khairul Aming Perkenal Siri Baru, Memasak Sambil Jelajah New Zealand!
Baca Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.