Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali menjelang cuti minggu atau cuti umum, sudah tentu ramai di luar sana yang ingin meluangkan masa bersama ahli keluarga.
Antara negeri yang sering dikunjungi dengan pelancong ramai ialah Melaka. Para ibu bapa juga selalu membawa anak-anak ke Muzium Penjara untuk memberi ‘pengajaran’ kepada mereka.
Kebanyakan kanak-kanak yang melawat tempat tersebut insaf selepas melihat warden penjara membuat demonstrasi hukuman sebatan yang bakal dikenakan terhadap tertuduh mengikut perundangan negara.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Boleh Beri Pengajaran” – Aksi Sebatan Di Muzium Penjara Boleh Buat Anak Kecil Insaf
Anda Boleh Bermalam Di Muzium Sekitar Melaka
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @afzanvalley) apabila seorang wanita dikenali sebagai Afzan berkongsi satu aktiviti menarik lain yang boleh anda lakukan jika melawat Melaka.
Kebiasaannya, antara aktiviti popular yang menjadi tarikan pelancong semasa berada di negeri penuh bersejarah itu adalah seperti bersiar-siar di Dutch Square, A’ Famosa, Jonker Street dan banyak lagi.
Malah ramai juga pengunjung mengambil kesempatan untuk melawat muzium. Selalunya, orang ramai akan ke sana untuk menimba ilmu dan mendapat ‘vibe’ pahlawan terdahulu namun lain pula kali ini apabila anda boleh bermalam di tempat tersebut!
Dah macam Night at the Museum pula. Kalau anda nak tahu, terdapat 3 jenis muzium yang anda boleh pilih untuk bermalam iaitu:
- Muzium Istana Kesultanan Melaka
- Muzium Samudera
- Muzium Hang Tuah Centre
Yuran bagi setiap seorang yang ingin ‘sleepover’ di sana adalah sebanyak RM65. Bukan sekadar tidur sahaja, anda juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik. Antaranya:
- Menaiki River Cruise, Taman Rempah @ Taming Sari
- Taklimat dan lawatan berpandu
- Kuiz dan aktiviti berkumpulan
- Penyampaian hadiah
- Kudapan disediakan
Perlu diingatkan bahawa setiap penyertaan memerlukan minimum 20 orang. Jadi, jangan pergi seorang diri ya. Program ini hanya terbuka buat pelajar sekolah rendah, menengah, Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Jom tidur dalam Istana Kesultanan Melaka minimum 20 orang. pic.twitter.com/T8HSl1dpAT
— AfzanValley (@afzanvalley) August 1, 2024
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Aktiviti Bermalam Di Muzium
Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat berminat dengan program tersebut dan ingin merasai sendiri pengalaman tidur di muzium.
“Jom cuba. Mana tahu jadi macam Night at the Museum,” kata seorang wanita.
Malah ada juga individu yang memberikan idea tentang aktiviti lain boleh dianjurkan di sepanjang program berlangsung.
“Cadangan aktiviti, wayang pacak filem-filem berkaitan patriotisme atau kegemilangan kesultanan Melaka kalau ada,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai individu turut mempersoalkan rupa poster aktiviti tersebut.
“Kenapa nampak macam poster ni cuba promosi rumah hantu?” tanya seorang pengguna X.
Program Bermalam Di Muzium Dianjurkan Sejak 2010
Untuk info, program bermalam di muzium adalah acara tahunan yang bermula sejak 2010 lalu. Program ini pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Buat sesiapa yang berminat, anda boleh menghubungi talian di bawah:
- 019-6416868
- 06-2826526
- 06-2826745
Atau e-mel admin@perzim.gov.my atau layari laman web [DI SINI].
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram