Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

[Video] Hanya Kerana Mahu Bergambar Dengan KLCC, Pelancong Sanggup Berdiri Tengah Jalan

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila bercuti ke Malaysia, salah satu lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong adalah Menara Berkembar Petronas.

Kalau mereka datang ke sini, memang tak sah kalau tak bergambar dengan latar belakang bangunan ikonik tersebut. Barulah boleh tunjuk kepada rakan-rakan di media sosial.

Pelbagai jenis ‘skill’ yang digunakan untuk mendapatkan gambar terbaik bersama KLCC seperti mana yang cuba dilakukan oleh seorang pelancong wanita baru-baru ini.

Sumber: Pexels

Pelancong Berdiri Tengah Jalan Raya Untuk Ambil Gambar Dengan KLCC

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@nadzmiao), lelaki ini yang sedang menunggang sebuah motosikal di sekitar Jalan Ampang menghala ke KLCC sempat merakam kerenah beberapa pelancong asing yang mahu bergambar.

Aksi mereka itu meraih perhatian ramai selepas dipercayai sanggup berdiri di atas laluan pejalan kaki pada jalan raya untuk bergambar dengan latar belakang KLCC sebelum lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau.

Wanita berkenaan turut dilihat segera berlari semula ke bahagian tepi jalan raya selepas kenderaan mahu bergerak.

Kejadian yang sempat dirakam membuatkan penunggang motosikal itu juga terkejut melihat situasi yang dilihatnya buat pertama kali dan berpendapat ia merupakan salah satu masalah yang sering terjadi di ibu kota Kuala Lumpur.

@nadzmiao

kl problem

♬ original sound – nadzmiao

Orang Ramai Geleng Kepala Lihat Sikap Pelancong

Menjengah ke ruangan komen, masyarakat memberikan pelbagai reaksi selepas melihat aksi pelancong yang berani berdiri di tengah jalan semata-mata untuk bergambar.

Malah, orang ramai juga bersetuju bahawa situasi seperti itu sering berlaku di Kuala Lumpur terutamanya di kawasan tumpuan pelancong sehingga ada yang sudah lali dengan keadaan tersebut.

“KL memang masalah. Hari-hari ada je benda,” ujar seorang pengguna media sosial.

Namun, keadaan ini turut membimbangkan kerana seorang pengguna TikTok mendakwa dia hampir terlanggar seorang pelancong selepas aksi sama dilakukan.

Seorang lagi netizen berkata situasi berkenaan membuktikan bahawa terdapat pelbagai jenis manusia yang wujud di jalan raya tanpa mengira lokasi.

“Tak kiralah KL, JB atau Singapura, macam-macam jenis orang yang ada di jalan raya,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang mencadangkan agar pelancong berkenaan untuk berbuat demikian pada pagi hari Ahad ketika Kuala Lumpur melaksanakan program ‘KL Car Free Morning’.

Sumber: TikTok

Tak salah nak bergambar dengan KLCC, tapi biarlah kena dengan tempatnya. Ada banyak lagi ‘spot’ menarik yang sesuai untuk ber-OOTD dengan menara berkembar itu selain di jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Indonesia Cipta Replika Seperti KLCC, Kini Jadi ‘Spot’ Baru Untuk Bergambar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles