Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi sesetengah negara, para pelancong perlu membuat permohonan visa terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk memasuki negara berkenaan.
Oleh kerana pernah berlaku kes di mana pelancong telah menyalah gunakan pas pelawat untuk bekerja, sesetengah pihak imigresen di luar negara telah mengetatkan kelulusan untuk memberikan pelepasan dokumen itu.
Antara negara yang kerap berlaku adalah Australia kerana wujud beberapa pihak yang menggunakan visa pelancongan untuk bekerja dan menetap di sana.
Permohonan Visa Influencer Malaysia Ditolak
Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang influencer terkenal tempatan, individu tersebut telah berkongsi kisah yang dikatakan telah menyebabkan dia kerugian sejumlah wang semasa mahu memohon visa ke Amerika Syarikat.
Sebelum dipanggil untuk temu bual bagi membolehkan pihak imigresen meluluskan permohonan visa miliknya, influencer berkenaan telah membayar RM888 untuk fi permohonan.
Ketika ditemu bual, mereka bertanya tentang tujuan influencer tersebut untuk ke negara itu dan dia memberitahu bahawa permohonan berkenaan adalah bagi membolehkannya ke festival hiburan popular iaitu Coachella.
Pihak imigresen turut bertanya tentang kerjayanya sebelum dia mendedahkan pekerjaannya adalah sebagai pencipta kandungan (content creator).
Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikannya menyebabkan permohonan visa milik influencer itu secara serta merta ditolak.
Situasi yang berlaku menyebabkan influencer berkenaan tertanya-tanya kerana tiada jawapan ‘solid’ diberikan.
RM888 hanya untuk temu bual selama dua saat. Ini adalah pengalaman saya paling mahal.
Influencer.
Orang Ramai Beri Cadangan Cara Lain Untuk Bagi Jawapan Lain
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai dan mereka turut berkongsi beberapa cadangan lain yang mungkin boleh digunakan untuk menjawab pertanyaan kastam berkenaan.
Sesetengah pengguna media sosial berpendapat bahawa alasan yang diberikan oleh influencer tersebut selepas ditanya oleh imigresen Amerika Syarikat adalah tidak bersesuaian.
“Alasan tak kena kot, patutnya bagitahu nak buat vlog jelajah di Amerika Syarikat atau mahu mencipta memori dengan bercuti ke US.
Sesetengah pihak juga bersetuju bahawa permohonan visa untuk ke negara tersebut agak cerewet melainkan anda mempunyai ahli keluarga di US.
Ada juga yang berpendapat bahawa seseorang yang memiliki pekerjaan sebagai content creator juga boleh menggelarkan diri mereka sebagai seseorang yang bekerja sendiri (self employed) dan membawa serta beberapa dokumen seperti kenyataan bank.
“Mungkin mereka underestimate you. Kena cakap you dah pernah berkolaborasi dengan jenama terkenal dan ada pengikut seramai dua juta orang,” ujar seorang pengguna media sosial.
Segelintir pengguna X pula memberi cadangan agar influencer berkenaan memberitahu bahawa dia memiliki syarikat produksi sendiri serta menghasilkan video untuk syarikat korporat.
Bagi pemohon visa sekalian, bersedialah dengan segala dokumen agar pihak berwajib seperti kedutaan, kastam, imigresen dan sebagainya yakin dengan anda sekaligus memberikan kelulusan tanpa ragu-ragu.
Baca Artikel Berkaitan: “Bilangan Overstay Tertinggi” – Permohonan Visa Rakyat Malaysia Ke Australia Diperketatkan
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Dihalau Imigresen Korea Selatan Gara-gara Mahu Bantu Adik Di Lapangan Terbang
Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Dari Malaysia Disekat Imigresen Korea, Netizen Kongsi Tips Untuk Lepas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.