Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Dulu Buat Tempat Simpan Kunci Je”– Ramai Kagum Lihat Pelajar Hasilkan Inovasi Perabot Dwi Fungsi

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Waktu zaman sekolah dulu, mesti korang akan teringat latihan amali yang perlu dilakukan untuk subjek Kemahiran Hidup seperti tempat meletak kunci, rak menyimpan buku dan sebagainya.

Ketika itu, masing-masing bersaing untuk membuktikan siapa punya yang paling lawa sekali dalam kalangan pelajar lain.

Selepas peralatan itu siap dihasilkan, sesetengah pelajar akan menggunakan barangan tersebut, tetapi ada juga yang menyimpannya sehingga berhabuk sebelum akhirnya diletakan dalam tong sampah.

Sumber: Facebook meisdrjoe

Pelajar Sekolah Cipta Inovasi Perabot Yang Unik

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@wawa090478), seorang guru wanita yang mengajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV) bagi subjek Pembuatan Perabot telah menunjukkan beberapa hasil ciptaan murid-muridnya.

Antara ciptaan yang menarik perhatian adalah sebuah kerusi yang boleh dilipat menjadi tangga kecil untuk membolehkan anda mencapai sesuatu barangan di tempat tinggi.

Pelajar tersebut juga menunjukkan demonstrasi duduk pada kerusi dan memanjat tangga itu bagi membuktikan kekukuhan peralatan berkenaan.

Sumber: TikTok @wawa090478

Selain itu, seorang lagi pelajar juga menghasilkan kerusi, tetapi keunikannya sedikit berbeza apabila ia boleh dilipat menjadi sebuah papan seterika.

Hanya perlu menggerakkan kayu pada tempat duduk dan penyandar. Hebat betul!

Sumber: TikTok @wawa090478

Pelajar seterusnya pula dilihat membuat meja yang boleh dibuka dan juga dijadikan sebagai rak untuk menyimpan barangan.

Sumber: TikTok @wawa090478
Sumber: TikTok @wawa090478

Kesemua replika ini dibuat menggunakan kayu dan dihasilkan 100% daripada para pelajar sekolah tersebut.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 369,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Orang Ramai Puji Inovasi Ciptaan Pelajar Sekolah

Rata-rata masyarakat dilihat mengagumi kehebatan pelajar-pelajar sekolah ini yang berjaya menghasilkan ciptaan unik dalam menginovasikan perabot secara kreatif.

“Dulu akak buat tempat letak kunci je dik, tu pun berminggu-minggu nak siap,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, mereka turut memuji bahawa replika yang dicipta itu bersifat praktikal dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara yang menjadi sebutan ramai di ruangan komen adalah papan menyeterika pakaian yang bersifat dwifungsi sebagai kerusi juga.

“Banyak demand dari perempuan kalau buat order iron board tu,” ujar seorang pengguna media sosial.

Sumber: TikTok @wawa090478

Baca Artikel Berkaitan: Inovasi Simpan Buku Dalam Kotak Boleh Kurangkan Beban Murid. Praktikal Juga!

Baca Artikel Berkaitan: Sekolah Di Kedah Sedia Kerusi Buat Murid Ketika Perhimpunan, Ada Pula Yang ‘Bitter’

Baca Artikel Berkaitan: CUURA Space, U.JU, Nitori & 4 Lagi Tempat Untuk Beli Barang Rumah Yang Estetik Di KL & Selangor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles