Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Papan Tanda IKEA Malaysia Dipuji Kerana Martabatkan Bahasa Melayu

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang perasan, boleh dikatakan hampir semua premis jenama antarabangsa di seluruh dunia akan mengutamakan bahasa Inggeris.

Tetapi IKEA Malaysia pula dilihat mengambil satu pendekatan yang berbeza apabila meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama pada semua papan tanda mereka.

Jenama perabot dari Sweden itu telah dipuji kerana mengambil keputusan untuk menggunakan saiz tulisan yang lebih besar dan jelas berbanding terjemahan bagi ayat berbahasa Inggeris.

Tindakan yang dilakukan oleh IKEA Malaysia itu turut mendapat perhatian masyarakat sehingga ia mula tular di media sosial.


Ramai Netizen Puji Usaha IKEA Untuk Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Setiap Negara

Seorang netizen @temp_chong berkata, “IKEA adalah sebuah syarikat yang cuba untuk mengutamakan bahasa kebangsaan dalam sesebuah negara. Saya pernah pergi ke IKEA di Jakarta dan Bahasa Indonesia juga adalah bahasa utama di sana. Dari KL ke Johor, Bahasa Melayu adalah bahasa utama.

“Kalau cuba Google IKEA di Jepun, anda akan lihat bahasa kebangsaan juga diberikan keutamaan di sana. Tetapi sedih pula bila tengok beberapa syarikat milik Malaysia yang lebih mementingkan bahasa Inggeris.

“Kadangkala tak nampak pun Bahasa Melayu di pusat membeli-belah. Hanya pusat membeli-belah luar negara seperti AEON dan IKEA je yang mementingkan bahasa kita,” kata seorang netizen.

Seorang lagi netizen mendedahkan wujudnya segelintir rakyat Malaysia yang berasa malu untuk berbahasa Melayu dan perkara itu adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Walaupun kerajaan telah menetapkan Bahasa Melayu dalam setiap dokumen rasmi, namun masih ada banyak majlis yang dilakukan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Baca Artikel Berkaitan: PM Wajibkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Surat Rasmi Kerajaan

Situasi ini secara tidak langsung telah menunjukkan usaha berterusan yang sedang dilakukan bagi mengangkat martabat bahasa kebangsaan dalam setiap aspek kehidupan.


Usaha Dalam Memperjuangkan Bahasa Melayu

Memandangkan IKEA Malaysia terus memperjuangkan Bahasa Melayu dengan setiap papan tanda mereka, jelas mereka tidak hanya mengutamakan aspek perniagaan.

Malah, ia merupakan satu komitmen yang menyentuh hati untuk menghormati kepelbagaian warisan linguistik di Malaysia.

Oleh kerana bahasa kebangsaan adalah perkara yang agak penting dalam kehidupan sosial, pendekatan dalam mengutamakan Bahasa Melayu adalah satu perkara yang wajar bagi menitikkan rasa hormat dan bangga.

Keputusan ini adalah satu perkara yang penting kerana penguasaan bahasa kebangsaan akan sentiasa kekal sebagai isu emotif memandangkan masih ramai rakyat Malaysia yang kurang fasih berbahasa Melayu.

Diharapkan dengan pendekatan ini, ia boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada kepada perniagaan lain yang beroperasi dalam persekitaran pelbagai budaya di Malaysia bagi meningkatkan kemahiran bahasa Melayu mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pak Arab Promote Kedai Dalam Bahasa Melayu, Tiba-tiba Sebut Nama Ahli Politik Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles