Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

“Sedap Mata Pandang”– Sukarelawan Bersihkan Sampah Sarap Di Tasik Sekitar Puncak Alam Raih Pujian

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan Malaysia mempunyai persekitaran alam sekitar yang indah termasuklah laut, tasik, sungai dan sebagainya.

Bagaimanapun, masih ramai di kalangan masyarakat bersikap tidak prihatin terhadap persekitaran dan membuang sampah merata tempat. Malah ada juga di antara kita mengabaikan sampah sarap yang dilihat bertaburan di atas lantai.

Perkara tersebut kemudiannya menyebabkan alam sekitar kita semakin tercemar. Ia sekaligus menjadi punca keadaan ekosistem negara ini semakin membimbangkan.

Baca Artikel Berkaitan: “Masih Minda Kelas Ketiga”- DBKL Kecewa Banyak Sampah Di Jalan Lepas Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024


Founder Misi Bersihkan Tasik Tercemar Sekitar Puncak Alam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@foundermisi) menyaksikan sekumpulan sukarelawan dikenali sebagai Founder Misi sedang membersihkan tasik tercemar sekitar Puncak Alam.

“Zalimnya kita kepada bumi bertuah ini. Sedih. Alam jaga kita sebagaimana kita menjaganya,” kata pasukan tersebut.

Sebelum memulakan aktiviti pembersihan, beberapa orang sukarelawan telah pergi ke kedai bagi membeli segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan bagi menjayakan misi tersebut termasuklah jaket keselamatan, jaring dan banyak lagi.

Sumber: TikTok (@foundermisi)

Founder Misi yang terdiri daripada 40 orang dari kalangan lelaki dan wanita itu kemudian bekerjasama memulakan pembersihan. Menerusi video perkongsian, mereka dilihat gigih mengutip segala sampah sarap yang bergelimpangan di kawasan berkenaan.

Sumber: TikTok (@foundermisi)

Sampah Masih Banyak Walaupun Dah 2 Jam Bersihkan Tasik

Walaupun selepas 2 jam bertungkus-lumus, namun sampah dilihat masih banyak. Pun begitu, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk membersihkan baki sampah sarap yang ada.

Founder Misi meneruskan perjuangan mereka selepas berehat seketika dan memberi semangat kepada satu sama lain.

Bagi mempercepatkan misi itu, ketua mereka telah mengagihkan kepada dua pasukan iaitu golongan wanita ditugaskan untuk memasukkan sampah ke dalam plastik manakala para lelaki perlu mengangkat segala sampah dari tasik ke atas.

Sumber: TikTok (@foundermisi)

Segala sampah yang dikumpul pula dimasukkan ke dalam tong sampah roro. Banyak betul ya sampah berjaya dibersihkan!

Di akhir perkongsian, Founder Misi turut menunjukkan hasil pembersihan, di mana tasik tersebut kelihatan sangat bersih tanpa sebarang sampah sarap. Memang sedap mata memandangnya.

Sumber: TikTok (@foundermisi)

Ramai Puji Tindakan Founder Misi Bersihkan Tasik

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memuji tindakan Founder Misi yang prihatin menyelamatkan alam sekitar yang tercemar.

“Ya Allah kau berilah ganjaran pahala kepada kumpulan anak-anak muda ini kerana menjaga alam sekitar,” kata seorang lelaki.

Malah, ada juga segelintir individu yang memberi peringatan kepada golongan masyarakat untuk bertanggungjawab terhadap sampah sarap sendiri.

“Kita semua kena sama-sama tak buang sampah sesuka hati insya-Allah, Malaysia bersih. Buang bekas makanan, minuman pembungkus jajan dan gula-gula di tong sampah. Jika tiada, pegang hingga jumpa tong sampah,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga dilihat berminat dengan misi permbersihan tersebut dan berniat untuk menyertainya pada masa akan datang jika berkesempatan.

Sumber: TikTok (@foundermisi)

Menjaga Alam Sekitar Adalah Tuntutan Dalam Islam

Untuk pengetahuan semua, menjaga alam sekitar merupakan salah satu tuntutan yang dititik beratkan dalam agama Islam.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, melakukan kerosakan ke atas muka bumi termasuk dalam larangan Tuhan Yang Maha Esa. Oleh disebabkan itu, para Muslim wajib mentaati dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Allah SWT berfirman:

وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya: “Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”

[Surah al-Qasas: 77]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Port OOTD Dicemari Sampah Lepas Ada Pihak Sambut Birthday

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles