Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

[Video] Kereta ‘Double Park’ Halang Kenderaan Lain, Pak Nil Bantu Wanita Cari Si Pelaku

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui antara cabaran yang dilalui oleh pemandu sekiranya berkunjung ke tempat yang sesak adalah masalah trafik dan juga tempat meletakkan kenderaan yang terhad.

Oleh disebabkan itu, segelintir masyarakat bertindak sesuka hati parkir berganda (double parking) dan menyusahkan pemandu jalan raya yang lain.

Seperti sebelum ini, orang ramai terpaksa mengangkat sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang parkir berganda didakwa dalam keadaan handbrake ditarik. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan inap desa di Cameron Highlands, Pahang pada hujung minggu lalu.

Baca Artikel Berkaitan: “Menyusahkan Orang” – Pemandu Myvi Selamba ‘Double Park’ & Tarik Brek Tangan Dikecam Ramai [Video]


Kereta ‘Double Park’ Sehingga Halang Laluan Orang Lain

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@datukaznilnawawi) apabila pengacara tanah air, Datuk Aznil Nawawi berkongsi situasi yang berlaku di sebuah kawasan rumah kedai dipercayai sekitar Bandar Baru Selayang, Gombak.

Menurut Aznil atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam telah ‘double park’ sehingga menghalang kereta jenis Misubishi untuk keluar.

Tambah Pak Nil pemandu wanita telah membunyikan hon dan menunggu berjam-jam lamanya namun pemandu SUV masih tidak munculkan diri. Wanita yang juga seorang jururawat dilihat berang dengan kelakuan pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: TikTok (@datukaznilnawawi)

Pak Nil Tolong Wanita Cari Pemilik Kereta Yang Menghalang

Cakna dengan situasi tersebut, Pak Nil kemudian keluar dari kereta dan menghampiri wanita berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian.

Selepas berbual buat seketika, Pak Nil mengambil keputusan untuk masuk ke dalam sebuah kafe berdepan dengan kereta wanita itu dan menyebut nombor plat kereta dengan kuat.

Pengacara itu meminta sesiapa yang mempunyai kereta dengan no plat berkenaan untuk mengalihkan kenderaan dengan segera kerana telah mengganggu urusan orang lain.

Walau bagaimanapun, pemandu SUV tersebut tiada di situ kerana tiada seorang pelanggan pun yang menyahut atau memberi respon.


Kecewa Pemilik SUV Tak Minta Maaf

Selepas seketika, si pelaku akhirnya tiba ke kereta dan berlalu pergi tanpa memohon maaf atas perbuatannya.

Dah lah double parking, orang lain tunggu berjam-jam untuk keluar parking. Dah masuk kereta terus pergi tak minta maaf pun. Ada bawa anak, dan anak tu nanti mesti ingat it is okay untuk terus pergi serta tak rasa bersalah.

Pak Nil
@datukaznilnawawi

Dah lah double parking, org lain tunggu berjam2 untuk keluar parking. Dah masuk kereta terus blah xmintak maaf pun. Ada bawak anak, and anak tu nanti mesti ingat it’s ok utk terus blah n xrasa bersalah. ADAB Laporan : TVXPASTI

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kereta Selamba Double Park

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memuji Pak Nil kerana membantu wanita tersebut yang sedang dalam kesusahan.

“Bagus Datuk, prihatin. Siap masuk kedai jerit panggil owner kereta tu. Tak ramai orang boleh buat macam tu. Terbaik Datuk!” kata seorang lelaki.

Ramai juga pengguna TikTok berkongsi pengalaman sama ketika berada di kawasan tersebut.

“Kawasan Bandar Baru Selayang ni memang orang selalu double park lepas tu tinggal (kereta) macam tu je siap tarik handbrake lagi. Tu belum lagi yang siap shopping dekat Watsons, farmasi, Zus dan Guardian. Kita pula kena tunggu dia habis,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ramai berkata bahawa si pemandu sepatutnya meninggalkan nombor telefon jika masih mahu parkir berganda.

“Kenapalah dia orang jenis tak suka letak nombor telefon. Aku kalau dah terdesak sangat tiada parking, aku letak nombor telefon supaya dia orang (pemilik kenderaan terhalang) boleh call,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@datukaznilnawawi)

Baca Artikel Berkaitan: Polis Cari Pemilik Kereta Tayang Vest Polis, ‘Double Park’ Kenderaan Hingga Halang Lalu Lintas

Baca Artikel Berkaitan: Woman Allegedly Can’t Get To Hospital Due To Double Parker In Bangsar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles