Quantcast
Channel: Viral โ€“ TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636
โ†ง

[Video] Dua Wanita Didakwa Solat Jemaah Tetapi Tak Mahu Rapatkan Saf

$
0
0

Jangan lupa follow channelย Telegramย TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui para Muslim yang solat secara berjemaah akan dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

Walaupun para wanita lebih afdal untuk menunaikan solat di rumah, namun sekali-sekala golongan ini juga mahu sembahyang di rumah Allah bagi menghidupkan lagi suasana masjid.

Pun begitu, masih ramai di kalangan wanita yang masih berdegil untuk merapatkan saf masing-masing sehinggakan terdapat banyak โ€˜lopongโ€™ sewaktu solat berjemaah.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] โ€œSakit Jiwa Aku Tengokโ€ โ€“ Sikap Jemaah Wanita Tidak Rapatkan Saf Di Masjid Undang Perhatian


Dua Wanita Didakwa Tidak Rapatkan Saf Semasa Solat Jemaah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nurulmukhtarr) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nurul Mukhtar menunjukkan satu situasi di sebuah masjid dipercayai Masjid Asy Syujaโ€™ah Merlimau Utara, Melaka.

Menerusi video perkongsian, kelihatan para lelaki sedang menunaikan solat secara berjemaah manakala tiga orang wanita yang lain sedang sembahyang di ruangan belakang masjid.

Namun perkara yang mencuri perhatian adalah apabila dua orang wanita didakwa solat secara berjemaah tetapi tidak merapatkan saf. Seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan.

Seorang lagi wanita yang memakai telekung putih pula dilihat sudah selesai solat secara bersendirian di saf depan.

Sumber: TikTok (@nurulmukhtarr)

Nurul Keliru Mahu Sertai Saf Jemaah Yang Mana

Oleh disebabkan tidak pasti dengan situasi tersebut, Nurul Mukhtar mengambil keputusan untuk solat secara sendiri memandangkan para jemaah yang lain sudah masuk rakaat terakhir.

Dilema wanita solat jemaah di masjid. Saya baru nak solat ikut imam lepas itu keliru nak join saf wanita yang sedang solat ikut imam di sebelah kiri atau sebelah kanan tu.

Nurul Mukhtar.
@nurulmukhtarr

Dilema wanita solat jemaah di masjid ๐Ÿ˜‚ I baru nak solat ikut imam pastu eh entahla confused la nak join saf wanita yg sdg solat ikut iman di sebelah kiri atau sebelah kanan tu ๐Ÿ˜… Yg sepatutnya kita join kiri tu kan sbb dia paling dkt dgn imam. Tp depan dia tu ada orang dh habis solat pulak Nasib tu rakaat terakhir jadinya solat sendiri je ๐Ÿ˜…

โ™ฌ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh โ€“ Ako si Mon

Orang Ramai Stres Dengan Sikap Jemaah Wanita Yang Enggan Rapatkan Saf

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat stres dengan segelintir wanita yang berkeras untuk tidak rapatkan saf solat.

โ€œTak tahulah macam mana nak beri kesedaran kepada wanita-wanita tentang solat berjemaah ni. Banyak dah viral (situasi sama). Ustazah tak cerita ke macam mana ya, ke memang tak cakna,โ€ ujar seorang lelaki.

Malah ada individu berkata, agak sukar untuk memberi teguran kepada jemaah wanita supaya merapatkan saf kerana dinding penghalang di masjid.

โ€œBelah perempuan ni memang payah sikit. Sebab tiada bimbingan dan tak nampak (saf kosong),โ€ kata seorang netizen.

Sementara itu, seorang kaum hawa berkata segelintir jemaah wanita tidak suka rapat antara satu sama lain.

โ€œOrang perempuan ni kalau bentang sejadah pun, kita dah rapatkan (tetapi) dia tarik sejadah tak nak dekat dengan kita,โ€ jelas seorang waniat.

Bagaimanapun, ada individu bersangka baik dan mengatakan kedua-dua wanita tersebut mungkin solat secara bersendirian.

Sumber: TikTok (@nurulmukhtarr)

Utamakan Penuhi Saf Solat Jemaah Belah Kanan

Isu melibatkan para wanita yang enggan merapatkan saf di masjid sebelum ini telah mendapat perhatian beberapa pihak termasuklah Bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman.

Menurutnya, saf berkelompok menunjukkan saf itu tidak sempurna. Jelas Abdul Rahman, saf sempurna ialah saf yang lurus penuh, tidak ada kelompok dan tidak ada renggang jarak.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jika saf masih belum penuh disebabkan bilangan jemaah yang sedikit maka kedudukan saf adalah imam berada di tengah-tengah saf solat.

Sumber: Kerajaan Negeri Selangor

Manakala makmum pula perlu mengisi kedudukan di bahagian belakang imam belah kanan serta kiri. Memenuhkan saf bahagian kanan saf adalah diutamakan.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh โ€˜Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูˆูŽู…ูŽู„ุงูŽุฆููƒูŽุชูŽู‡ู ูŠูุตูŽู„ูู‘ูˆู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽูŠูŽุงู…ูู†ู ุงู„ุตูู‘ูููˆูู

Maksudnya:ย Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat terhadap bahagian saf yang kanan.

[Riwayat Abu Daud (676)]

Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Wanita Lebih Baik Solat Di Rumah Kalau Enggan Rapatkan Saf Secara Sempurna โ€“ Bekas Mufti Pahang

Baca Artikel Berkaitan: Leher Jemaah Dicekik Gara-gara Rapatkan Saf Sehingga Terkena Kaki


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

โ†ง

Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles