Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, semakin ramai di kalangan masyarakat terdedah dengan kepentingan menabung untuk tujuan masa depan.
Kebiasaannya, golongan anak muda akan menyimpan duit mereka dalam bank pilihan masing-masing.
Pun begitu lain pula bagi sesetengah golongan dewasa yang lebih tua. Ramai di antara mereka lebih selesa untuk menyimpan di rumah iaitu dalam almari, kabinet, dan lain-lain.
Si Anak Sedih Duit Tabungan Ibu Dimakan Anai-anai
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@madam_mama06) menyaksikan seorang anak dipercayai bersama ibunya sedang mengira duit yang disimpan dalam tabung.
Namun perkara yang mengejutkan adalah rata-rata kesemua duit kertas itu telah dimakan oleh anai-anai. Difahamkan si ibu, menyimpan wang kertas tersebut dalam tempoh kurang dari dua bulan.
Menerusi video tersebut, kedengaran si anak menangis teresak-esak kerana berasa sedih bagi pihak ibunya yang sudah berusaha gigih bagi menyimpan duit berkenaaan.
Menangis tak berlagu. Duit mak saya dalam tabung tak sampai dua bulan lagi dah makan anai-anai. Hancur lebur.
Si anak.
@madam_mama06 Moga Allah swt gantikan rezeki utk my mom yg berlipat kali gandaa….
♬ Crying, Woman – Authentic Sound Effects
Anai-Anai Makan Banyak Duit Bernilai RM50
Perkara membuatkan mereka lebih luluh hati adalah kebanyakan duit dimakan oleh serangga perosak itu bernilai besar iaitu RM50, manakala wang kertas RM1 banyak tidak ‘disentuh’.
Ada yang masih dalam keadaan elok tetapi banyak juga hancur dan menjadi debu sehingga tidak boleh diselamatkan.
Baca Artikel Berkaitan: Wang Simpanan RM30,000 Milik Warga Emas Dimakan Anai-anai, Impian Mahu Tunai Haji Musnah
Jelas si anak dalam satu lagi perkongsian, duit telah disimpan dalam tabung jenis tin, tetapi disebabkan lubang tidak ditutup jadi anai-anai dengan mudah dapat memasukinya.
Tambahnya, duit tersebut disimpan untuk membeli emas tetapi lain pula yang jadi. Dia juga reda dengan perkara yang berlaku dan berharap duit itu dapat ditukar semula di bank.
@madam_mama06 Replying to @• Q U E E N • ♬ son original – Cat’slife
Orang Ramai Terkejut Wang Kertas Dimakan Anai-anai
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat terkejut melihat duit kertas dengan sejumlah yang banyak hancur rosak.
Malah ada individu berkata itu merupakan punca mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak menabung.
“Tu malas simpan duit tu. Gaji je aku habis kan,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai di kalangan pengguna TikTok turut ‘pening kepala’ barangan di rumah diserang anai-anai.
“Geram betul dengan anai-anai. Almari, pakaian, katil habis semua diserang anai-anai,” kata seorang netizen.
Duit Rosak Boleh Ditukar Kepada Duit Baru Di Bank
Buat anda yang tidak tahu, wang kertas yang rosak masih bernilai. Ini kerana duit tersebut boleh ditukar di mana-mana cawangan bank berdekatan dengan anda. Bagaimanapun, nilai yang anda boleh dapatkan bergantung kepada keadaan wang itu.
Bagi kes wang kertas rosak yang jelas nilainya, bank akan memberikan ganti nilai pada hari sama.
Untuk wang kertas yang rosak dan tidak boleh dilihat nilainya, pihak bank akan merujuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan diberikan ganti pada hari yang lain.
Baca Artikel Berkaitan: Nenek Kerugian RM300K, Wang Simpanan Dalam Tin Dimakan Anai-Anai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Duit Rosak Akibat Banjir? Ini Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Tukar Di Bank
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram