Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

[Video] Terpisah Sejak Kecil, Ibu & Anak Sebak Lepas Berjumpa Semula Lepas 27 Tahun

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terpisah dari ahli keluarga merupakan satu perkara yang cukup berat, tidak kiralah sama ada terpaksa berjauhan buat tempoh masa lama atau sementara waktu.

Lebih memeritkan lagi apabila perasaan rindu terhadap seseorang itu disusuli dengan tiada khabar berita dari mereka selama bertahun-tahun.

Namun siapa sangka, keajaiban bakal berlaku di mana anda boleh berjumpa semula dengan seseorang yang sudah lama terpisah sebagaimana yang berlaku kepada seorang ibu dan anak perempuannya.


Ibu Dan Anak Berjump Semula Selepas 27 Tahun Terpisah

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@atiliayusof_), seorang wanita berbangsa India yang dikenali sebagai Makcik Jenani telah bersatu semula dengan anak kandungnya bernama Hidayah.

Perkara tersebut berlaku selepas pemilik video dipanggil sebagai Atilia telah menemani rakannya iaitu Hidayah untuk bertemu ibu kandungnya yang telah terpisah selama 27 tahun.

Difahamkan Hidayah terpisah dengan Makcik Jenani sejak kecil lagi selepas dia dijaga oleh keluarga angkat.

Sumber gambar: TikTok (@atiliayusof_)

Sebelum wanita berkenaan mengetahui Hidayah yang memakai tudung berwarna hitam itu merupakan darah dagingnya, Makcik Jenani telah membaca sepucuk surat yang diberikan.

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut dan Hidayah saling berpeluk erat dan masing-masing tidak dapat menahan sebak.

Dalam video tersebut, Hidayah dilihat tidak lepas memeluk tangan ibunya sambil menunjukkan sesuatu pada telefon bimbit.

Mereka berdua juga kelihatan mesra berbual antara satu sama lain walaupun sudah lama berpisah.

Sumber gambar: TikTok (@atiliayusof_)

Video berkenaan telah meraih perhatian ramai sehingga berjaya meraih 348,500 jumlah tontonan.

https://www.tiktok.com/@atiliayusuf_/video/7383327035004882196

Orang Ramai Juga Sebak Lihat Ibu Dan Anak Ini Bersatu Semula

Menjengah ke ruangan komen, masyarakat turut berasa sebak selepas melihat bagaimana gadis bernama Hidayah itu dapat berjumpa semula dengan ibu kandungnya yang sudah terpisah sejak kecil.

Ada juga yang tertanya-tanya bagaimana Hidaya tergerak hati untuk mencari semula ibunya. Namun, pemilik video menyatakan bahawa perkara itu akan cuba dijelaskan oleh Hidaya menerusi rakaman video akan datang.

“Sebak, nak tahu macam mana tiba-tiba dia tergerak hati nak cari mak dia,” kata pengguna TikTok.

Selain itu, orang ramai turut memuji rasa sayang antara satu sama lain walaupun mereka berdua kini saling berlainan agama.

“Walaupun sudah berlainan agama, hubungan ibu dan anak mana mungkin akan terputus. Tak ada mak yang tak sayang anak dan tak ada anak yang tak sayang mak,” ujar pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Pastinya tiada satu perkataan yang dapat menggambarkan betapa bahagianya mereka apabila akhirnya dapat bertemu selepas berpuluh tahun menahan rindu.

Kepada anda yang mengalami situasi hampir sama iaitu sedang mencari ahli keluarga yang terpisah, kami doakan agar segala urusan untuk berjumpa dengan mereka dipermudahkan.

Baca Artikel Berkaitan: Tidak Dapat Dijejaki Sejak 1988, Ibu Masih Menanti Kepulangan Anak Yang Hilang Lepas Tamat Belajar Di US

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Terpaksa Berpisah Dengan Anak Kerana Kerja Di Luar Negara Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: “Jaga Kesihatan & Jangan Hisap Dadah” – Lelaki Ini Sebak Dapat Hubungi Ayah Yang Hilang Selama 23 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles