Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Ramai Persoal Kenapa Siti Nurhaliza Dilantik Sebagai Pakar UMCced, Ini Penjelasan Ahli Akademik

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini telah menjadi bualan hangat selepas penyanyi itu menyertai konsert ‘Hitman Return David Foster dan Friends’ di Jakarta, Indonesia pada 15 Jun lepas.

Ini kerana penganjurnya David Foster dikatakan sebagai penyokong kuat rejim Zionis hingga membuatkan orang ramai kecewa dengan penyertaan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Keputusan Siti Nurhaliza Sertai Konsert David Foster Mengecewakan” – BDS Malaysia

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Pakar Pusat Pendidikan UMCced

Belum reda dengan isu tersebut, nama penyanyi ini sekali lagi menarik perhatian ramai apabila beliau dilantik sebagai Pakar di Pusat Pendidikan Berterusan dari Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCced) selama dua tahun.

Namun berita gembira itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan orang ramai di media sosial.

Ada yang persoal kelayakan Siti Nurhaliza untuk dilantik sebagai pakar

Ia susulan seorang pengguna di laman X telah bertanya apakah kelulusan yang dimiliki Siti Nurhaliza atau TokTi untuk melayakkannya dilantik.

“Atas dasar dan kelulusan apa beliau dilantik sebagai pakar di UM? Sekadar bertanya,” soalnya dalam hantaran tersebut.

Segelintir pengguna X dilihat bersetuju dengan soalan yang dikemukakan oleh individu terbabit. Malah ada yang merasakan tiada keperluan untuk melantiknya.

Ramai yang setuju TokTi dilantik sebagai pakar kerana pengalaman dalam industri muzik dan nyanyian

Namun ada juga yang berpendapat Siti Nurhaliza sememangnya layak digelar sebagai pakar kerana sudah berkecimpung lama dalam bidang nyanyian selain berjaya menerima pelbagai anugerah dari dalam negeri termasuklah luar negara dan pengalamannya dalam nyanyian sudah berpuluh tahun.

Menurut seorang pengguna media sosial terma ‘pakar’ yang diterima penyanyi tersebut adalah merujuk kepada bidang muzik dan nyanyian yang merupakan kepakarannya.

Bukan itu sahaja, ada berpendapat seseorang individu itu tidak semestinya boleh diiktiraf sebagai pakar hanya kerana memiliki sijil dalam bidang akademik, tetapi pengalaman dalam sesuatu bidang turut diambil kira.

“Tak pelik kalau dia dilantik sebab walaupun bukan atas dasar pencapaian akademik, pencapaian industri dia yang melayakkan,” kata seorang pengguna X.

Dalam pada itu ada yang menjelaskan UMCced merupakan sebuah universiti swasta yang juga anak syarikat kepada Universiti Malaysia serta ia membawa konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Ahli Akademi beri jawapan padu kenapa Siti Nurhaliza layak digelar pakar

Lebih mencuri tumpuan apabila ahli akademik Prof. Madya Datuk Dr Ramzah Dambul yang juga bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut mengulas berhubung perdebatan tersebut.

Malah beliau dalam hantaran di Facebook turut mempertahankan pelantikan penyanyi tanah air itu yang disifatkan sebagai tepat.

“Kita semua tahu, Siti Nurhaliza sudah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional, regional dan antarabangsa dalam bidang yang diceburinya iaitu, industri kreatif dan keusahawanan produk kecantikan.

“Semua merit itu adalah endorsement pada kepakaran Siti dalam bidang tersebut.Jadi, beginilah. Jangan ditanya dan dipertikai lagi, Siti itu pakar apa? Universiti terbaik di Malaysia telah pun memperaku kepakaran yang Siti miliki.

“Mestilah institusi ini sudah merincikan saringan due diligence yang sepatutnya sebelum pemilihan dibuat. Sebab ini universiti Top 60 in the world. Bukan universiti sipi-sipi sekadar di pinggiran.”

Kepakaran ilmu dan amali penting

Bukan itu sahaja beliau turut menjelaskan secara terperinCi makna ‘pakar’ yang dibangkitkan oleh orang ramai.

“Kepakaran ilmu boleh dipelajari dari universiti pengajian. Kepakaran amali boleh ditimba dari universiti kehidupan. Kedua-dua kepakaran ini penting, dan menawarkan nilai signifikan tersendiri.

“Dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat, simbiosis pendidikan formal dan pengalaman praktik mesti dipupuk dan dihayati, sedalam-dalamnya. Kalau tidak, nanti orang ingat, bila sudah dapat penarafan ijazah tertinggi, maka bolehlah berhenti belajar. Sebab kononnya kitar pendidikan telah tamat.

“Sedangkan konsep pembelajaran sepanjang hayat itu merentasi institusi pengajian formal. Proses itu mesti berterusan sehingga memasuki alam pekerjaan dan dunia kehidupan sebenar.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles