Quantcast
Channel: Viral – TRP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Pelancong Asing Tunggang E-Skuter Di Tengah Jalan Undang Kecaman Netizen

$
0
0

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui negara ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk bersiar-siar, malah juga destinasi utama para pelancong asing.

Selain pelbagai kemudahan pengangkutan awam, orang ramai turut gemar menggunakan perkhidmatan e-skuter yang biasa disediakan di kawasan ibu kota, Kuala Lumpur.

Bukan sahaja ia mudah digunakan, malah individu juga boleh menikmati pemandangan sekitar bandar dengan lebih jelas menggunakan perkhidmatan berkenaan.


Pelancong Asing Naik E-Skuter Di Tengah Jalan Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nikhaelneil) menyaksikan satu situasi bahaya yang berlaku di sekitar jalan raya di bandar Kuala Lumpur.

Menerusi klip dikongsi, kelihatan dua orang individu dipercayai pelancong asing sedang menaiki skuter elektrik di tengah-tengah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lain.

Lebih membahayakan adalah pasangan itu dilihat berada di tengah-tengah laluan berkenaan. Pembonceng e-skuter tersebut juga dilihat sempat merakam bangunan-bangunan yang dilalui seolah-olah menikmati pemandangan berkenaan.

Dua pelancong berkenaan kemudian menyusur ke laluan kiri bersama kenderaan yang lain.

Sumber: TikTok (@nikhaelneil)

Netizen Kritik Aksi Bahaya Tunggang E-Skuter Di Tengah Jalan Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pelancong asing yang tidak bertanggungjawab itu.

“Apa masalah bawa beam dekat situ, kalau terlanggar cakap kita buta pula,” kata seorang pengguna TikTok.

Bahkan, ada juga individu yang meluahkan rasa kecewa kerana dua pelancong asing berkenaan tidak mematuhi peraturan walaupun sudah dimaklumkan.

“Masa muat turun aplikasi ni (perkhidmatan e-skuter), dia dah bagi tahu tak boleh menunggang di atas jalan raya dan tidak boleh berdua,” ujar seorang lelaki.

Ada juga individu yang berkongsi pengalamannya apabila berdepan dengan situasi sama ketika di ibu kota.

“Itu belum lawan arus dekat kawasan KLCC dan Bukit Bintang. Kereta dan motor pula yang kena elak,” jelas seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dua pelancong asing tersebut.

Sumber: TikTok (@nikhaelneil)

Tunggang E-Skuter Di Jalan Raya Adalah Satu Kesalahan

Buat mereka yang tidak tahu, penggunaan e-skuter di atas jalan raya adalah satu kesalahan bermula 1 Januari 2021 lalu.

Penunggang skuter elektrik yang didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak RM300 untuk kesalahan pertama, maksimum RM1,000 bagi kesalahan seterusnya atau penjara selama tiga bulan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebaliknya, skuter elektrik ini boleh boleh digunakan di kawasan yang dibenarkan sebagai contoh taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara. 

Baca Artikel Berkaitan: E-Scooter Regulations Incoming? Transport Ministry Wants To Propose Laws On Micro-Mobility Vehicles


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Trending Articles